Emansipasi mimpi 29

Ah!! Aku terjatuh lagi. Dek dihimpit sekelumit perasaan benci akan diri sendiri, aku tertumus disini. Meraba aku dalam kegelapan tanpa cahaya dan bunyi. Hening sekali alam lestari, terasa sunyi diri.

Destinasi yang mulanya mendekat kini menjauh kembali. Jauh sehingga berjuta tahun bintang pun tidak dapat aku kejari.. Perik menjalar dihati didorong rasa iri, aku sepi, sepi sekali.. Derap-derap kaki tidak lagi aku dengari, bayang-bayang pun tidak lagi menari.. Pelik. Mengapa kalian tinggalkan aku disini? Kemari! Kemari! Jangan kalian pergi..!

Hitam dan kelam menguasai ruang ini. Aku benci, benci situasi ini!
"Tolong!! Ada sesiapa di luar sana? Aku ingin keluar!! Keluarkan aku!"
Separuh mati aku menjerit, apakan daya suaraku tersepit di celah sepi.. Tiada lembaga yang datang menghampiri. Aku sendiri lagi..

Bertahun, berabad, berkurun lamanya aku sendiri, sehingga diri menjadi lali dengan rasa benci. Lalu aku berdikari untuk keluar dari mimpi. Kucipta lilin dan neon, untuk menerangi kegelapan hati, biar perhentian ini dilimpahi seri. Tiada lagi duri. Kini.. disini aku berdiri, berkelana tanpa sepi. Aku berjaya mengharungi mimpi ngeri..


4 Response to "Emansipasi mimpi 29"

  1. sAyE UmpaMa sPeaKeR Says:

    gila puitis..
    hahaha..
    bagos2.
    ade kemajuan at least..
    haha

  2. budak bijak malaya Says:

    huhu..
    thanks..
    bukan xboleh buat..
    tapi malas..XD

  3. andaisemalamkumiliki Says:

    jadikan 1 cerita...
    anta kat alaf 21..=)

  4. budak bijak malaya Says:

    munn.. mmg cita2 aku..
    someday i will..^^