Kembara seketika melalui mesin masa..

Dua, tiga menjak kebelakangan ni, aku dapati diri aku malas. Malas untuk memajukan diri sendiri. Apa yang aku buat serba tak kena, kekurangannya jelas kelihatan dimana-mana. Mula-mula aku rasa aku hilang daya imaginasi. Tapi lama-lama, aku dapati ianya hanyalah sifat malas.


Nak cerita pasal malas, semuanya bermula sejak sekolah rendah. Haha.. Memang malas ya amat. Malas nak hantar kerja rumah, lagi-lagi bila cikgu yang mengajar bukan favourite aku. Kalau Cikgu 'R' tu yang melangkah masuk kelas, aku dah tak berkenan dah. Sebab dia selalu je double standard-kan aku.. Dulu aku memang senang rasa rendah diri. Akibatnya aku jadi 'negative student' dalam kelas dia. Geng aku masa tu Oya dan Shea. Aku masih ingat bagaimana Oya main kejar2 dengan Cikgu 'R' di dalam kelas 4 Maju. Haha.. Oya yang paling nakal pada waktu tu, dan Oya berjaya dengan caranya sendiri. Aku pun bukan tak pandai, tapi malas. Sebab malaslah aku tak dapat jadi macam Fahmi Juperi, pergi belajar jauh nun di Jepun, macam Zamri Azmi, jauh nun di Australia.. Diorang pun macam aku jugak, anak tunggal. Tapi bezanya pada usaha masing-masing. Buat cikgu, mintak maaf banyak2 ye cikgu..


Masa sekolah menengah pula, aku dah tak malas macam sekolah rendah Sebab aku ada seorang sahabat bernama Fajrina, aku panggil dia Ina. Kami kawan baik, satu kelas, tuisyen pun sama2, main pun sama2. Tapi Ina ni menderita penyakit 'Thalassemia'. Dalam sebulan, dua kali dia kena pergi masukkan darah. Fizikalnya pun tak sama macam budak2 Form 1 dan Form 2 yang lain. Dia kecil je, pucat, yang paling penting, ciri2 fizikal seorang perempuan tak ada pada dia. Melihat dia sakit, aku pun sakit. Sangat pedih melihat sahabat bertarung dengan penyakit sendiri. Yang bagus pada Ina, dia kuat, sedaya upaya tak tunjukkan kesakitannya pada orang lain. Aku cukup kagum dengan ketabahan dirinya.


Semasa awal tahun Form 2, penyakit Ina jadi makin kritikal, limpanya terpaksa dibuang. Lupa pula kenapa, tapi Ina kata dia akan sihat semula selepas operation tu. Aku cuma doa yang terbaik untuk dia. Seminggu dua selepas operation, Ina dimasukkan ke hospital semula. Kali ini, masalah berkaitan jantung pula. Aku mula tak sedap hati. Hari demi hari berlalu, bangku kayu di sebelahku seringkali ketiadaan tuannya. Ina terpaksa ke hospital lebih kerap kerana masalah baru yang dihadapinya. Ina pesan,

"Kalau kita tak datang sekolah, awak jangan tak belajar tau. Nanti kalau ada kerja rumah, beritahu kita."

Aku jadi terharu di atas keprihatinannya kerana aku kawan yang tidak sempurna. Sedang dia sakit dihospital, aku tidak pula datang menjenguknya. Aku terkekang dengan kelas tambahan dan aktiviti ko-kurikulum sekolah saban petang.


Sampai suatu ketika di bulan Mac 2002, Ina dimasukkan ke hospital hampir tiga minggu. Bila aku telefon ke rumahnya, ibunya kata dia akan keluar hospital hujung minggu itu. Tetapi kelas aku, 2 Topaz dan kelas 2 Zamrud telah lebih awal sepakat untuk menziarahinya pada hari Rabu selepas kelas tambahan. Turun dari bas, aku lihat sebuah ambulans keluar dari jalan menuju ke rumah Ina. Aku terus pulang ke rumah dan mendail nombor rumahnya, ibunya mengangkat panggilanku. Dengan teresak-esak dia bersuara,

"Fiza, ina dah tak ada."

Aku campak gagang telefon dan berlari selaju yang boleh menuju kerumahnya. Dada aku bergetar, fikiran aku bercelaru. Aku masuk ke rumahnya dengan fikiran buntu. Kawan2 yang terlebih dahulu ke hospital telah sampai di rumahnya, kerana telah diberitahu oleh pihak hospital. Aku terduduk di hadapan jenazah berbalut kafan dihadapanku, air mata mengalir tidak berhenti. Ibu arwah memelukku, tangisannya sudah reda. Barangkali dia sudah redha dengan takdir itu. Aku memaksa airmataku untuk berhenti , kukesat pipiku. Aku tegarkan diri. Lalu buat yang pertama dan yang terakhir kalinya, kukucup dahi yang sejuk membeku itu. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan lalu berakhirlah riwayat hidup seorang teman. Buat yang membaca, kuminta sedekahkanlah Al-fatihah buat arwah Fajrina (1988-2002).. Al-fatihah..


Aku kemudiannya tidak ada semangat untuk ceria seperti semasa adanya arwah.. Tetapi, Allah tidak akan membiarkan hambanya sunyi tanpa teman disisi. Aku terus diberi sahabat-sahabat yang sehingga kini menemani aku tanpa rasa benci. Yang penting sekarang aku dah tak malas lagi. Salah satu sebabnya, mungkin kerana aku melakukan apa yang aku minati. Buat assignment last minute tu rencah hidup bagi student IPT. Terima kasih semua, kalian takkan aku lupai..

Pen Off..

4 Response to "Kembara seketika melalui mesin masa.."

  1. sAyE UmpaMa sPeaKeR Says:

    alfatiha>....

    moga yg hidop inih mneruskan pejuangan...

  2. lilypark Says:

    pija, kisah kawan kamu tu buat aku hiba..

    ingatlah, kalau kita buat benda yang kita suka, walau celaka mana pun kita akan tetap gembira.

    *apasal tah aku rasa cam insaf je bace post ko ni...

  3. sAyE UmpaMa sPeaKeR Says:

    touching dowh

  4. budak bijak malaya Says:

    faten : kita kena strong..kita kan fabulous? XD

    ayedzah : aku pun berpendapat yang same ayed..XD walau rase celake.. tapi tetap happy..XP