Apa yang aku dah plan.. [My wish list..]

Hari ini aku gaji! Yeayy!!!
Dibawah ini senarai barang yang aku akan beli..
Dah buat sejak seminggu yang lepas.. Haha..


* headphone(perlu! mak marah guna woofer)

*Webcam (boleh mengumpat dengan lebih banyak ekspresi di YM)

*New Black Pumps (aku guna kasut cinderella plastik je sekarang. sadis..)

*Black Trousers (untuk pergi kerja hari2)

*T-shirt / blouse (semangat shopping!)


dan aku nak melakukan aktiviti2 berikut :


*Karaoke-ing (mase rehat boleh pergi karaoke jamban)

*Movie (aku rasa macam tak sempat je)

*Camping taman negara Endau Rompin, PETA (langsung tak confirm, isk!)

*Blog-shopping! (confirm boleh. hee!)



ada cadangan lain kawan2? sila kemukakan okeh?
off dulu, pergi kerja..^^

Current update yang tak sempat nak cerita

Cerita satu :

Aku dah berhenti jadi graphic designer level cikai kira2 seminggu lepas hari raya tu. Sekarang aku pun dah kerja kat tempat baru (Pacific, BP Mall) sebagai seorang Information Assistant. O_o..??


Korang2 : Spesis apakah Information Assistant itu?
Aku : Sama spesis je dengan Customer Service..


So, kerja aku sekarang kena jawab soalan customer kena hamun pun senyum teros!; wrapping hadiah; kalau ada anak, sedara mara or suami customer hilang kena buat announcement; paging2 staff.. aku sekarang dah hafal dah format paging dia dan sedang menghafal semua nama executive serta staff2 ; kadang2 aku cover tempat receptionist; kadang2 jugak aku ganti tempat Agus jaga deposit..

Format paging lebih kurang macam ini.. :


Attention pls, staff Fatin from hardline department to call extention 1119 immediately, thank you.

atau

Attention pls, staff Bainun from grocery department kindly proceed to Buyer Room immediately, thank you.

dan banyak lagi..


Walaupun aku hanya kerja kat pacific je sekarang, Aku lagi bersyukur sebab aku tak lagi tertipu dengan lahanat yang bebankan aku dengan kerja macam hamba abdi tanpa OT, dan sampai sekarang tak bayar lagi baki gaji aku. Memang betul2 macam $#!+. Gaji aku lebih terjamin dengan OT, SOCSO, KWSP dan sebagainya.. Kawan2 pun sangat enjoy dan sekapal..

P/S :Agus ialah satu2nya lelaki dalam pic kat bawah nie..

syok sendiri adalah kerja sambilan di meja recept



Antara kroni2 Loyalty Card Department


Cerita dua :

Kawan2 semua masih ingat lagi tv series ini?? Ingat baik2 wajah barisan pelakonnya.


Nak dijadikan cerita semasa kerja, ada seorang makcik cleaner yang bekerja untuk BP Mall jual kuih siput yang sangat sedap.. tapi cerita sebenar bukan kuih siput tu.. Ceritanya adalah tentang makcik berkenaan.. Sila lihat foto di bawah.. ,


Cuba bandingkan ini


dengan ini
serupa kan? ^^

Bintang, matahari dan bulan.. sampai bilakah bertahan?

Keluar sahaja dari lift tingkat dua BP Mall, mata aku tertancap pada sebuah 'display' filem yang diletakkan oleh Big Cinemas. Judulnya 2012. Menggambarkan imej sepia, permukaan bumi merekah dengan bangunan2 yang runtuh lalu jatuh ke dalam rekahan tersebut.. Ngeri.. Sudah pasti filem ini mengisahkan hari kiamat.. Hati aku kata,

'ni masuk dalam list filem yang akan aku tonton nanti..'

Bukanlah aku sangat obses untuk melihat gambaran hari kiamat, cuma bila aku congak2, filem ni boleh bagi aku insaf.. Biarpun tak seratus peratus dari apa yang mat saleh itu cuba gambarkan adalah betul, aku rasa tertarik untuk menonton kesan khas yang akan ditampilkan nanti. Well, enough said about that..


Yang aku nak kongsi dengan kawan2 sebenarnya, kalau esok adalah kiamat? Korang dah bersedia ke iman & amal, hati dan nurani? Aku, jauh sekali dari bersedia.. Bila aku lihat dari satu sudut yang lain jauh dari aku yang suka berleha-leha dan cucuk langit, terasa kerdil dan sampahnya diri..


Aku pejamkan mata dan fikir, aku rasa tenang.. Aku dah tak jauh dari me-revolusikan diri menjadi sesuatu yang baru. Entah dari mana aku dapat keyakinan 'baik punya' macam ni.. Mungkin juga dari seseorang yang mendorong aku, meniupkan semangat berkobar-kobar dalam jiwa kosong temannya ini.. Sungguh aku berterima kasih padanya..


Namun persoalan yang sering menjadikan jiwa aku kembali bergoncang, sempat ke aku menjadikan semua ini kenyataan jika kiamat esok hari? Hurm.. Hanya Dia yang tau..

To dream and make it come true..

*sigh* I am a few steps away from my dream.. It is now depends on me, either i want to catch it or let it go. Kept thinking whether i've made the wrong decision, but it is my dream. It is an honour that i now have a chance to pursue it..


When i was a lot younger than today (maybe i was in standard 2), my 'ibu' bought me a novel entitled 'Duta Kecil' published by Dewan Bahasa & Pustaka. That novel had given me a new hobby, reading.. Ever since from that time, i started to read more and more novels such as Enid Blyton's, Hardy Boys and etc.. Another famous book in that period is 'Tidurlah Intan', a story book series for primary school students..






I started to know writers as Ramlee Awang Murshid, Aina Emir, Sharifah Abu Salem, Bikash Nur Idris and other senior writers at Alaf 21 when i was in secondary school. That time, i wasn't only fond to read novels, i also wrote a few of short stories (cerpen). Why don't i write a novel? Because it will take a very... long time to write a novel. LOL.. This is when i started to dream of being a novelist, inspired by Ramlee Awang Murshid's writing (ADAM)..





In this few days, i have to write at least two scripts to present to my interviewer this Tuesday. Is it possible? Nothing is impossible unless you give up your dream.. I'll try my best.. Good luck to myself..

p/s : ibu is my foster mother

Mimpi sedih..


Waktu itu aku berada di atas sebuah bas..
Aku bersama seseorang lelaki,
aku lupa siapa dia..
Tapi hanya ada kami berdua disitu..

Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun,
dia seolah-olah mengungkapkan kata maaf..
Dan aku pun teresak-esak menahan kesedihan,
sangat sayu hingga hati ini berasa ngilu..

Airmata menitis setitis demi setitis.
Hingga akhirnya aku terjaga
kerana airmata ini benar2 mengalir..
Terus mengalir hingga terbitnya mentari..


Tolong aku..

Ada sesiapa boleh tunjukkan
jalan yang betul?
Aku asyik melalui jalan yang salah setiap hari..
Kadang2 aku bosan
melihat kaki
melangkah berulang alik di tempat yang sama..
Padahal pintu di depan mata,
tetapi pintu itu masih belum terbuka..
Mengapa lama benar penantiannya..

Ya Rabbi..
Aku terseksa batin,
kekosongan jiwa,
kelaparan cahaya,
dahagakan hidayah-Nya..


Catatan Pohon Tembusu

Sambil mendengar : Zee Avi - Kantoi & Lenka - Like A Song..
Berlokasi di : Tasik Y, Batu Pahat, 4/10/09, 10:14:23





Hey..
Aku kembali lagi dengan wajah berseri.
Minggu sudah juga aku kemari
menemanimu di waktu pagi..

Ku harap kau kan teguh disini..
Mungkin,
Minggu hadapan dan kapan2 lagi
aku akan terus mampir di sini..
Menumpang teduh dari mentari..

Kuharap kau kan menemani diri,
mencari idea dan visualisasi,
menyokong aku merealisasi mimpi,
agar aku terus berlari..



Kembara seketika melalui mesin masa..

Dua, tiga menjak kebelakangan ni, aku dapati diri aku malas. Malas untuk memajukan diri sendiri. Apa yang aku buat serba tak kena, kekurangannya jelas kelihatan dimana-mana. Mula-mula aku rasa aku hilang daya imaginasi. Tapi lama-lama, aku dapati ianya hanyalah sifat malas.


Nak cerita pasal malas, semuanya bermula sejak sekolah rendah. Haha.. Memang malas ya amat. Malas nak hantar kerja rumah, lagi-lagi bila cikgu yang mengajar bukan favourite aku. Kalau Cikgu 'R' tu yang melangkah masuk kelas, aku dah tak berkenan dah. Sebab dia selalu je double standard-kan aku.. Dulu aku memang senang rasa rendah diri. Akibatnya aku jadi 'negative student' dalam kelas dia. Geng aku masa tu Oya dan Shea. Aku masih ingat bagaimana Oya main kejar2 dengan Cikgu 'R' di dalam kelas 4 Maju. Haha.. Oya yang paling nakal pada waktu tu, dan Oya berjaya dengan caranya sendiri. Aku pun bukan tak pandai, tapi malas. Sebab malaslah aku tak dapat jadi macam Fahmi Juperi, pergi belajar jauh nun di Jepun, macam Zamri Azmi, jauh nun di Australia.. Diorang pun macam aku jugak, anak tunggal. Tapi bezanya pada usaha masing-masing. Buat cikgu, mintak maaf banyak2 ye cikgu..


Masa sekolah menengah pula, aku dah tak malas macam sekolah rendah Sebab aku ada seorang sahabat bernama Fajrina, aku panggil dia Ina. Kami kawan baik, satu kelas, tuisyen pun sama2, main pun sama2. Tapi Ina ni menderita penyakit 'Thalassemia'. Dalam sebulan, dua kali dia kena pergi masukkan darah. Fizikalnya pun tak sama macam budak2 Form 1 dan Form 2 yang lain. Dia kecil je, pucat, yang paling penting, ciri2 fizikal seorang perempuan tak ada pada dia. Melihat dia sakit, aku pun sakit. Sangat pedih melihat sahabat bertarung dengan penyakit sendiri. Yang bagus pada Ina, dia kuat, sedaya upaya tak tunjukkan kesakitannya pada orang lain. Aku cukup kagum dengan ketabahan dirinya.


Semasa awal tahun Form 2, penyakit Ina jadi makin kritikal, limpanya terpaksa dibuang. Lupa pula kenapa, tapi Ina kata dia akan sihat semula selepas operation tu. Aku cuma doa yang terbaik untuk dia. Seminggu dua selepas operation, Ina dimasukkan ke hospital semula. Kali ini, masalah berkaitan jantung pula. Aku mula tak sedap hati. Hari demi hari berlalu, bangku kayu di sebelahku seringkali ketiadaan tuannya. Ina terpaksa ke hospital lebih kerap kerana masalah baru yang dihadapinya. Ina pesan,

"Kalau kita tak datang sekolah, awak jangan tak belajar tau. Nanti kalau ada kerja rumah, beritahu kita."

Aku jadi terharu di atas keprihatinannya kerana aku kawan yang tidak sempurna. Sedang dia sakit dihospital, aku tidak pula datang menjenguknya. Aku terkekang dengan kelas tambahan dan aktiviti ko-kurikulum sekolah saban petang.


Sampai suatu ketika di bulan Mac 2002, Ina dimasukkan ke hospital hampir tiga minggu. Bila aku telefon ke rumahnya, ibunya kata dia akan keluar hospital hujung minggu itu. Tetapi kelas aku, 2 Topaz dan kelas 2 Zamrud telah lebih awal sepakat untuk menziarahinya pada hari Rabu selepas kelas tambahan. Turun dari bas, aku lihat sebuah ambulans keluar dari jalan menuju ke rumah Ina. Aku terus pulang ke rumah dan mendail nombor rumahnya, ibunya mengangkat panggilanku. Dengan teresak-esak dia bersuara,

"Fiza, ina dah tak ada."

Aku campak gagang telefon dan berlari selaju yang boleh menuju kerumahnya. Dada aku bergetar, fikiran aku bercelaru. Aku masuk ke rumahnya dengan fikiran buntu. Kawan2 yang terlebih dahulu ke hospital telah sampai di rumahnya, kerana telah diberitahu oleh pihak hospital. Aku terduduk di hadapan jenazah berbalut kafan dihadapanku, air mata mengalir tidak berhenti. Ibu arwah memelukku, tangisannya sudah reda. Barangkali dia sudah redha dengan takdir itu. Aku memaksa airmataku untuk berhenti , kukesat pipiku. Aku tegarkan diri. Lalu buat yang pertama dan yang terakhir kalinya, kukucup dahi yang sejuk membeku itu. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan lalu berakhirlah riwayat hidup seorang teman. Buat yang membaca, kuminta sedekahkanlah Al-fatihah buat arwah Fajrina (1988-2002).. Al-fatihah..


Aku kemudiannya tidak ada semangat untuk ceria seperti semasa adanya arwah.. Tetapi, Allah tidak akan membiarkan hambanya sunyi tanpa teman disisi. Aku terus diberi sahabat-sahabat yang sehingga kini menemani aku tanpa rasa benci. Yang penting sekarang aku dah tak malas lagi. Salah satu sebabnya, mungkin kerana aku melakukan apa yang aku minati. Buat assignment last minute tu rencah hidup bagi student IPT. Terima kasih semua, kalian takkan aku lupai..

Pen Off..

Emansipasi mimpi 29

Ah!! Aku terjatuh lagi. Dek dihimpit sekelumit perasaan benci akan diri sendiri, aku tertumus disini. Meraba aku dalam kegelapan tanpa cahaya dan bunyi. Hening sekali alam lestari, terasa sunyi diri.

Destinasi yang mulanya mendekat kini menjauh kembali. Jauh sehingga berjuta tahun bintang pun tidak dapat aku kejari.. Perik menjalar dihati didorong rasa iri, aku sepi, sepi sekali.. Derap-derap kaki tidak lagi aku dengari, bayang-bayang pun tidak lagi menari.. Pelik. Mengapa kalian tinggalkan aku disini? Kemari! Kemari! Jangan kalian pergi..!

Hitam dan kelam menguasai ruang ini. Aku benci, benci situasi ini!
"Tolong!! Ada sesiapa di luar sana? Aku ingin keluar!! Keluarkan aku!"
Separuh mati aku menjerit, apakan daya suaraku tersepit di celah sepi.. Tiada lembaga yang datang menghampiri. Aku sendiri lagi..

Bertahun, berabad, berkurun lamanya aku sendiri, sehingga diri menjadi lali dengan rasa benci. Lalu aku berdikari untuk keluar dari mimpi. Kucipta lilin dan neon, untuk menerangi kegelapan hati, biar perhentian ini dilimpahi seri. Tiada lagi duri. Kini.. disini aku berdiri, berkelana tanpa sepi. Aku berjaya mengharungi mimpi ngeri..