Entri ini sangat panjang, harap korang dapat baca dengan sabar.
Dalam beberapa minggu yang lepas, negara kita sibuk betul pasal isu penggunaan nama Allah di gereja kan? Isu itulah yang menjadi topik perbualan makhluk-makhluk di Facebook itu.
Kalau kita fikir-fikirkan dari segi logik akal, betul kata mereka tu. Sekian lama kita menyebut perkataan Allah untuk urusan keagamaan mahupun seharian, baru kini isu ni nak diperbesar-besarkan. Selama ni mungkin mereka dah menggunakan perkataan itu berpuluh-puluh kali dalam sehari di gereja. Korang tak rasa relevan ke apa yang mereka katakan tu? Yang salahnya di sini, ialah cara mereka bercakap mengenainya. Seolah-olah menghina Allah dan Islam itu sendiri.
Kira-kira dua minggu yang lepas, pensyarah aku ada bincangkan mengenai hal ini di dalam kelas. Mendengar hujah darinya menyebabkan aku tersedar dari arus orang ramai yang memperjuangkan hal ini. Pensyarah ini bukan calang-calang orangnya, malah dia sudah mengkaji kitab bible untuk mengetahui logiknya agama kristian itu dan kaitannya dengan agama Islam.
Pensyarah aku juga ialah seorang Islam dan baginya apa yang penting adalah 'nawaitu', kerana apa kita melakukan sesuatu pekerjaan itu, sama ada ikhlas atau tidak hanya Allah yang mengetahuinya.
Hasil dari perbincangan spontan kami di dalam kelas itu aku dapat rumuskan bahawa, kita hanya menjadi 'puppet' orang-orang kafir untuk memainkan propaganda mereka. Apabila kita memberontak; membuat rusuhan dan sebagainya berkenaan isu ini, dapatlah mereka menuduh orang Islam ini terrorist atau pengganas.

Akhirnya mereka akan menjadikan ini sebagai alasan untuk mengecam Malaysia sebagai negara pengganas dan mungkin menyerang negara kita. Dengan tujuan kononnya, ingin menghapuskan pengganas.
Aku sedar aku bukanlah sesiapa untuk menulis sesuatu berkenaan isu yang serius lebih-lebih lagi berkaitan soal agama. Tapi dengan menggunakan minda yang waras, sesiapa pun mampu menilai perkara ini dari sudut positif.