hati aku berkata-kata. Perasaan suka yang menjurus kepada perasaan sayang seorang perempuan terhadap seorang lelaki.
Aku tak faham dengan diri aku sendiri.. Entah kenapa aku asyik mengejar benda yang tak pasti. Semakin aku kejar semakin jauh dia berlari. Hati ni tak pernah faham akan hakikat realiti, tentang perkara yang mustahil macam ni. Asyik terkejar dia yang hampir pasti tidak mungkin aku miliki..
Aku rasa sangat kerdil di matanya. Kenapa? Pengalaman yang lepas menjadikan aku seorang yang penakut, pengecut. Aku jadi hipokrit bila berhadapan dengannya. Walaupun aku seorang yang berfikir secara liberal, tetapi adakalanya ku akui ada selapis cangkerang yang jernih dan halus menutupi akal fikiran ini dari berfikir yang positif dan baik-baik sahaja.
Mungkinkah dia masih ingat apa yang pernah aku katakan kepadanya? Kemungkinan besar dia sudah melupakan semua itu kerana sudah lama aku tak menulis tentang hati, tentang dia.. Lagipun aku hanya pungguk, dia pula sang bulan.. Tidak ku tahu bila dia dapat ku pangku di ribaan..