Title : Titian Siratulmustaqim
Waktu Siaran : 12AM 16-Sep-2009
6 AM 19-Sep-2009
Lakonan : Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi
Telemovie ini bukan sahaja mengisahkan
kesetiaan seorang suami kepada isterinya,
malah ia menunjukkan bagaimana takdir yang
dilihat dari mata kasar berubah dengan sekelip mata..
Yang sakit tenat beransur menjadi sihat, yang sihat
walafiat meninggalkan dunia dalam sekelip mata.
Posted in
Fakta bukan auta
Rasa2 malas nak baca pergi bawah sekali dalam post ini..Imam Nawawi menyebut jin syaitan ini dibelenggu kerana menghalang mereka dari menyakiti orang mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Belenggu itu boleh jadi hakiki (sebenar) atau majazi (simbolik).
Al-Qadhi Iyadh menyebut: Boleh jadi Allah membelenggukan syaitan itu dengan rantai dan belenggu dengan sebenarnya, bukan ia majazi atau secara simbolik sahaja. Tujuannya supaya mereka tidak menyakiti mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Boleh jadi juga ia adalah simbolik. Allah jadikan mereka itu lemah dari menipu-daya mukmin dalam bulan puasa ini hingga jadi kuranglah tipu-dayanya. Maka jadilah mereka itu seolah-olah dibelenggu. Belenggu juga dengan makna mereka tidak dapat menipu sebahagian mukmin dan sebahagiannya dapat ditipunya. Sebahagian perkara dapat ditipu dan sebahagiannya tidak. Ini semua bermaksud membesarkan bulan Ramadhan itu.
Berkenaan pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka, Imam Nawawi menyebut bahawa ia boleh jadi hakiki atau majazi juga. Ertinya apabila masuk bulan puasa itu, Allah buka jalan taat yang banyak kepada hambaNya, yang tidak ada di bulan selain Ramadhan seperti berpuasa, berjaga malam dan pelbagai kebajikan yang lain. Maka itulah yang menjadikan sebab masuk syurga dan seolah-olah itulah pintunya.
Berkenaan seruan itu pula, ia tidak didengari oleh manusia. Namun Allah tidak membiarkan begitu sahaja. Allah memberitahu Nabinya tentang seruan tersebut. Diwakilkan kepada Malaikat menyeru pada setiap malam puasa memanggil hamba-hambaNya untuk berbuat taat dan menjauhkan maksiat.
Allah memerdekakan hambaNya dari neraka dengan sebab ketaatan yang dibuat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab mengesakan Allah. Ada yang dimerdekakan dengan sebab solat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab puasa. Pemerdekaan dalam bulan puasa ialah dengan sebab pahala puasa dan berkatnya.
(Ringkasan Bahr al-Mazi j3 ms 3-6)
petikan dari :
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2200ehsan & sumber sekunder : Fatin Farhanah Mohamad Nor
menurut pemahaman saya :Al-qadhi iyadh menyebut,boleh jadi jin & syaitan dibelenggu pd bulan puasaadalah hakiki( kenyataan) or majazi (simbolik).... maksudnye hakiki itu, syaitan benar2 dirantaidaripada mengganggu & menyakiti manusia.manakala Majazi itu simbolik,yang maksudnya Allah SWT jadikan syaitan lemah pada bulan puasa..Maka, syaitan kurang mengacau manusia..seolah2 syaitan itu dikurung atau dibelenggu..Al kisahnya macam tu lah..
Wallahu a'lam missawab..
Posted in
Fakta bukan auta