Showing posts with label keh keh keh... Show all posts
Showing posts with label keh keh keh... Show all posts

Cerita scary..

Korang semua dah siap siaga nak dengar cerita aku? Haa.. Cepat-cepat, tutup tingkap, tutup pintu, sorok dalam selimut.. Sebab aku nak cerita yang scary punya ni! Memang scary habis..!

Al-kisah.. Bermula lah kisah dimana cerita ini berlaku kira-kira dua minggu yang lepas. Aku bertanggungjawab untuk menjaga reception sepanjang hari, dari pukul 10 pagi hinggalah sebelas malam. Kerana si 'Receptionist Asal Yang Handal Menipu' (RAYHM) itu berpura-pura sakit punggung sebab terlalu banyak menonggeng.. Huh??

Bila tiba hari raya.. Eh. Silap2..

Bila menjelang pukul 10.45 malam, suasana dekat office Pacific akan sekelip mata menjadi sunyi sepi. Orang terakhir yang berada di pejabat ialah aku, sebab aku bertanggungjawab paging closing Pacific.

Selesai paging aku tutup lampu, tutup aircond. Untuk mempercepatkan perjalanan, aku lalu jalan singkat atau lebih dikenali sebagai 'shortcut maut'.. Aku harus melalui stor barangan home furnishing dan ladies yang sunyi dan gelap semasa malam hari.

Masuk saja kawasan tersebut, jantung berdetak dengan laju sekali. Manik-manik peluh pun mula memunculkan diri. Tiba-tiba aku teringat satu baris lirik dari filem Final Destination 3 yang aku tonton beberapa hari lalu.

'There is someone.. Walking behind you..'

Langkah dipercepatkan. Hati di dalam mula mencarut-carut sendiri..
demitt demitt! WTF! time camni lah nak teringat!*&$#@$

Malang sekali, lagu berkenaan terus-terusan menghantui kepala dan minda yang semakin tak stabil.

'There is someone.. Walking behind you..'
'There is someone.. Walking behind you..'
'There is someone.. Walking behind you..'


Sekejap-sekejap aku pandang belakang, sekejap-sekejap aku pandang kiri dan kanan.
time takut sebenarnya perasaan curious tu lagi menjadi2..

Aku dah semakin hampir dengan tangga, dah hampir melepasi kawasan gelap, pekat dan hitam itu. Tiba-tiba..


*Gedebukk!!!*

"Adoiii laa!!!"

"Astaghfirullah.. Dik, ko ni jalan macam mane ni dik? Akak yang besar ni pun ko langgar.."

Kakak supervisor bahagian Home Furnishing, Sarah bukan nama sebanar mencurahkan bebelan spontan.

Dek kerana terngiang-ngiangkan lagu 'berhantu' itu, aku telah melanggar seorang hamba Allah yang juga ingin pulang dari kerja. Aku mengurut-urut lenganku, aku lihat Kak Sarah turut memicit-micit perlahan bahunya. aik! 'gagah' pun sakit jugak ke?

Aku tersipu-sipu malu. Nasib baik takde orang lain tengok. Kalau tak, jatuh reputasi aku! Lalu aku memohon maaf pada Kak Sarah.

"Akak, sorry kak. Huhu. Takut tadi. Gelappp! Jangan beritahu orang lain tau, pasal saya langgar akak."

Itu dia, sempat juga aku menyampaikan pesanan penaja untuk Kak Sarah. kak Sarah tersengih melihat aku yang tersipu-sipu dan mengajak aku untuk turun bersamanya sebab dia pun takut sebenarnya. Hek eleeehhh!

Hari itu sepanjang jalan pulang aku tersengih sambil menunggang untaku.


Pen Off.. Hee...


p/s : cerita ini telah ditambah
sedikit Ajinomoto agar lebih
sedap hingga menjilat jari.. XP




Sebuah Video Lawak

mode : Gelak guling2..

Aku feature video nie sebab
ada maksud yang tersirat di dalamnya
Also, aku rase video nie memang tahap kelakar rabak..
Dah dekat seminggu aku tengok video nie,
seminggu jugaklah aku tak habis2 ketawa...

Bergembira okeh?? XD


CONTOH BORANG UITM YANG SEMPURNA




BORANG NI DAPAT A+..

belajar memandu... OK??

Ahahaks..
Skemanyer tajuk tuh...

Maser aku 1st day belajar kereta
aku kena giliran last sekali..
sebab yang lain semua dah belajar 4,5 kali..
Takut2 nanti aku bawak langgar pokok,
orang yang drive after aku tak dapat belajar.. haha..

Aku dengar2 pakcik yang ajar aku(orang kampong aku gak)
garang giler...

Tiber aku nampak seorang budak kena marah
dengan pakcik lain..
Garang giler pakcik tuh..
Siap tampar2 kereta lagi..
Agak2 la kot..
Budak tu kan baru jer belajar parking,
dah kena bawak sorang2..
Pastu budak tuh langgar tiang..
Pakcik tuh suruh budak tuh keluar, dier masuk.

Pakcik tuh kater,
"Dah alang2 langgar satu, baik langgar jer semua."

Pakcik tuh langgar semua tiang pastuh pecut
tinggalkan budak tuh kat situ.
Semua orang tengok.
Kesian giler kat dier..

Aku dah cuak dah..
Asyik2 tengok jam,
1 jam,
30 minit,
15 minit,
5 minit,
seminit...
akhirnyer giliran aku...

Aku bukak pintu dengan hati yang cuak..
tangan sejuk macam ais...
Pastu pakcik tuh start cakap ape aku kena buat..
Siap ngan sifir2 dier utk menghafal
macam maner nak drive..
Tapi biaser la kan?
1st time bawak kereta mesti gelabah..
Aku pun muler la merapu..
Pakcik tuh suruh buat aper ajer aku kater ok..
padahal tak ok..
hahaha..
Dialog bersamer2 pakcik tuh berbunyik begini..

"Clutch naik, minyak buang, tukar gear...
Kenapa awak tak sebut aper yang sayer sebut?
Kalau awak sebut sifir sayer nie mesti awak cepat ingat."

Buat kesekian kalinyer aku jawab,
"Ok pakcik.."

Pakcik bebel lagi..
"Aper yang ok nyer? Tak ok nie...
Kalau ok dah elok dah maknenyer..
Tak habis2 dengan ok dier.."

Peluh dah menitik2 kat dahi.. Aku carik ayat baru..
"Baik pakcik.."

Macam tu lah serba sedikit dialog aku dengan dier..
Haha.. Baru aku faham..
Rupenyer pakcik tuh bukan garang macam singa..
Dier punyer garang jenis membebel...
Macam mak bapak kiter..
Lega aku... Fuh....