Herm.. Aku dah nak berhenti kerja.. Sekonyong-konyong aku tersenyum manis cewah manis ke? di tempat kerja, hati aku sebenarnya sedang menangis kesedihan.. Aku tak sanggup tinggalkan kawan-kawan.. Belum pun berpisah, aku dah terasa ngilunya.. Macam takkan berjumpa lagi..
Minggu lepas pada hari Khamis, Ejal telah menempuhi hari terakhirnya di sini..Pacific Ejal akan ke negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia untuk menjalani latihan sebagai seorang anggota badan beruniform. Jet pejuang akan menjadi mainannya selepas ini, bukan lagi blok-blok yang perlu disusun untuk diletakkan tin-tin Milo 2 KG ataupun peket-peket Mi Kari Maggi.
Pada minggu ini pula, aku dan Taufiq akan pergi dari sini, untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kak Zai, sejak dua tiga minggu yang lepas lagi sudah menyebut-nyebut ayat begini,
"Korang semua dah nak berhenti.. Tinggalkan akak sorang-sorang kat sini.. Huu.."
Aku memandang Ejal dan Taufiq, mecari ayat yang sesuai untuk kuberikan kepada kakak kesayangan kami di sini. Ejal tersenyum tawar, dia turut merasa bahang perpisahan kami semua nanti.. Taufiq senyum pada Kak Zai dan kata,
"Ramai lagi staff lain.. Lagipun kitorang kan ade cuti nanti.. Time tu kita jumpa lah.. Janganlah sedih-sedih.."
Aku hanya mampu tersenyum. Saat itu aku merasakan airmata ku akan jatuh berlinangan jika aku mumbuka mulut untuk berbicara.. Baru kerana Kak Zai seorang aku dah jadi begini, belum lagi Yok atau nama sebenarnya Kak Liza mengeluarkan ayat-ayat sedihnya.. Waktu aku diminta oleh Yok untuk mengurut pinggangnya minggu lepas, aku dah rasa mata kabur semacam, mana taknya airmata dah begenang!kerja part time aku mengurut..hee!
Aku tak tau macam mana nak hadapi hari terakhir aku nanti, menghadapi ayahanda Ismail yang aku dah anggap macam ayahku nombor dua, yang hari-hari aku akan kucup tangannya..
Macam mana nak menghadapi Miss Lee yang selalu membebel kerana sayang pada aku, menghadapi Jessica yang juga akhir-akhir ini kuat membebel sebab nak buli aku yang dah nak berhenti, berpisah dengan teman department Loyalty Card, Ain, Ana, Ramdan, Prem, Zura, Mas dan Radiah.. Juga yang lain-lain, yang aku tak dapat sebutkan namanya satu persatu, I'll Miss you all badly!
Terima kasih kerana kalian semua telah menjadikan aku dewasa dan matang untuk tempoh sesingkat ini.. Terima kasih kerana aku merasakan ikatan kekeluargaan antara kita amat kuat.. Terima kasih semua!
XOXO
December 15, 2009 at 1:27 PM
hehe. pertemuan dan perpisahan tu kan lumrah :)
rileks la.
yg tak boleh rileks adalah:
weii!! ada gadis cun cun kat pasifik bukan nak kenalkan!!
wahaha!
December 16, 2009 at 12:16 AM
hahhaha
as aku pon dah wat post pasal down memory lane tu
nanti ko akan terase sediy spt aku
hahaha
frens come and go
its tied wif our understanding
and how loyal we can be
nilai kawan dari sudut hati
hati kita x penah menipu
frens are foreva
so dont u eva end up wif them
December 16, 2009 at 12:21 AM
encik cahatomic,
bukan sy tak rilek..
tp sy kan perempuan..
perempuan dengan sedih itu kan sgt sinonim..XD
then, bkn taknak kenalkan..
kalau namenye chun chunn..
sudah pasti semua dah berpunya..
ahahaha..
December 16, 2009 at 2:25 AM
tiqs,
dem! i feel so bad to leave them!
ni lah tempat kerja yang aku rase dipenuhi insan2 sempoi gilahh dan sporting..
aku harap diorang pun punya perasaan yg sama..X(