Catatan Pohon Tembusu

Sambil mendengar : Zee Avi - Kantoi & Lenka - Like A Song..
Berlokasi di : Tasik Y, Batu Pahat, 4/10/09, 10:14:23





Hey..
Aku kembali lagi dengan wajah berseri.
Minggu sudah juga aku kemari
menemanimu di waktu pagi..

Ku harap kau kan teguh disini..
Mungkin,
Minggu hadapan dan kapan2 lagi
aku akan terus mampir di sini..
Menumpang teduh dari mentari..

Kuharap kau kan menemani diri,
mencari idea dan visualisasi,
menyokong aku merealisasi mimpi,
agar aku terus berlari..



Kembara seketika melalui mesin masa..

Dua, tiga menjak kebelakangan ni, aku dapati diri aku malas. Malas untuk memajukan diri sendiri. Apa yang aku buat serba tak kena, kekurangannya jelas kelihatan dimana-mana. Mula-mula aku rasa aku hilang daya imaginasi. Tapi lama-lama, aku dapati ianya hanyalah sifat malas.


Nak cerita pasal malas, semuanya bermula sejak sekolah rendah. Haha.. Memang malas ya amat. Malas nak hantar kerja rumah, lagi-lagi bila cikgu yang mengajar bukan favourite aku. Kalau Cikgu 'R' tu yang melangkah masuk kelas, aku dah tak berkenan dah. Sebab dia selalu je double standard-kan aku.. Dulu aku memang senang rasa rendah diri. Akibatnya aku jadi 'negative student' dalam kelas dia. Geng aku masa tu Oya dan Shea. Aku masih ingat bagaimana Oya main kejar2 dengan Cikgu 'R' di dalam kelas 4 Maju. Haha.. Oya yang paling nakal pada waktu tu, dan Oya berjaya dengan caranya sendiri. Aku pun bukan tak pandai, tapi malas. Sebab malaslah aku tak dapat jadi macam Fahmi Juperi, pergi belajar jauh nun di Jepun, macam Zamri Azmi, jauh nun di Australia.. Diorang pun macam aku jugak, anak tunggal. Tapi bezanya pada usaha masing-masing. Buat cikgu, mintak maaf banyak2 ye cikgu..


Masa sekolah menengah pula, aku dah tak malas macam sekolah rendah Sebab aku ada seorang sahabat bernama Fajrina, aku panggil dia Ina. Kami kawan baik, satu kelas, tuisyen pun sama2, main pun sama2. Tapi Ina ni menderita penyakit 'Thalassemia'. Dalam sebulan, dua kali dia kena pergi masukkan darah. Fizikalnya pun tak sama macam budak2 Form 1 dan Form 2 yang lain. Dia kecil je, pucat, yang paling penting, ciri2 fizikal seorang perempuan tak ada pada dia. Melihat dia sakit, aku pun sakit. Sangat pedih melihat sahabat bertarung dengan penyakit sendiri. Yang bagus pada Ina, dia kuat, sedaya upaya tak tunjukkan kesakitannya pada orang lain. Aku cukup kagum dengan ketabahan dirinya.


Semasa awal tahun Form 2, penyakit Ina jadi makin kritikal, limpanya terpaksa dibuang. Lupa pula kenapa, tapi Ina kata dia akan sihat semula selepas operation tu. Aku cuma doa yang terbaik untuk dia. Seminggu dua selepas operation, Ina dimasukkan ke hospital semula. Kali ini, masalah berkaitan jantung pula. Aku mula tak sedap hati. Hari demi hari berlalu, bangku kayu di sebelahku seringkali ketiadaan tuannya. Ina terpaksa ke hospital lebih kerap kerana masalah baru yang dihadapinya. Ina pesan,

"Kalau kita tak datang sekolah, awak jangan tak belajar tau. Nanti kalau ada kerja rumah, beritahu kita."

Aku jadi terharu di atas keprihatinannya kerana aku kawan yang tidak sempurna. Sedang dia sakit dihospital, aku tidak pula datang menjenguknya. Aku terkekang dengan kelas tambahan dan aktiviti ko-kurikulum sekolah saban petang.


Sampai suatu ketika di bulan Mac 2002, Ina dimasukkan ke hospital hampir tiga minggu. Bila aku telefon ke rumahnya, ibunya kata dia akan keluar hospital hujung minggu itu. Tetapi kelas aku, 2 Topaz dan kelas 2 Zamrud telah lebih awal sepakat untuk menziarahinya pada hari Rabu selepas kelas tambahan. Turun dari bas, aku lihat sebuah ambulans keluar dari jalan menuju ke rumah Ina. Aku terus pulang ke rumah dan mendail nombor rumahnya, ibunya mengangkat panggilanku. Dengan teresak-esak dia bersuara,

"Fiza, ina dah tak ada."

Aku campak gagang telefon dan berlari selaju yang boleh menuju kerumahnya. Dada aku bergetar, fikiran aku bercelaru. Aku masuk ke rumahnya dengan fikiran buntu. Kawan2 yang terlebih dahulu ke hospital telah sampai di rumahnya, kerana telah diberitahu oleh pihak hospital. Aku terduduk di hadapan jenazah berbalut kafan dihadapanku, air mata mengalir tidak berhenti. Ibu arwah memelukku, tangisannya sudah reda. Barangkali dia sudah redha dengan takdir itu. Aku memaksa airmataku untuk berhenti , kukesat pipiku. Aku tegarkan diri. Lalu buat yang pertama dan yang terakhir kalinya, kukucup dahi yang sejuk membeku itu. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan lalu berakhirlah riwayat hidup seorang teman. Buat yang membaca, kuminta sedekahkanlah Al-fatihah buat arwah Fajrina (1988-2002).. Al-fatihah..


Aku kemudiannya tidak ada semangat untuk ceria seperti semasa adanya arwah.. Tetapi, Allah tidak akan membiarkan hambanya sunyi tanpa teman disisi. Aku terus diberi sahabat-sahabat yang sehingga kini menemani aku tanpa rasa benci. Yang penting sekarang aku dah tak malas lagi. Salah satu sebabnya, mungkin kerana aku melakukan apa yang aku minati. Buat assignment last minute tu rencah hidup bagi student IPT. Terima kasih semua, kalian takkan aku lupai..

Pen Off..

Emansipasi mimpi 29

Ah!! Aku terjatuh lagi. Dek dihimpit sekelumit perasaan benci akan diri sendiri, aku tertumus disini. Meraba aku dalam kegelapan tanpa cahaya dan bunyi. Hening sekali alam lestari, terasa sunyi diri.

Destinasi yang mulanya mendekat kini menjauh kembali. Jauh sehingga berjuta tahun bintang pun tidak dapat aku kejari.. Perik menjalar dihati didorong rasa iri, aku sepi, sepi sekali.. Derap-derap kaki tidak lagi aku dengari, bayang-bayang pun tidak lagi menari.. Pelik. Mengapa kalian tinggalkan aku disini? Kemari! Kemari! Jangan kalian pergi..!

Hitam dan kelam menguasai ruang ini. Aku benci, benci situasi ini!
"Tolong!! Ada sesiapa di luar sana? Aku ingin keluar!! Keluarkan aku!"
Separuh mati aku menjerit, apakan daya suaraku tersepit di celah sepi.. Tiada lembaga yang datang menghampiri. Aku sendiri lagi..

Bertahun, berabad, berkurun lamanya aku sendiri, sehingga diri menjadi lali dengan rasa benci. Lalu aku berdikari untuk keluar dari mimpi. Kucipta lilin dan neon, untuk menerangi kegelapan hati, biar perhentian ini dilimpahi seri. Tiada lagi duri. Kini.. disini aku berdiri, berkelana tanpa sepi. Aku berjaya mengharungi mimpi ngeri..


What's the big deal with raya post?

So, title post nie memang menggambarkan apa yang aku nak cakap.. Kawan2 aku semua buat entri untuk raya. Cerita tentang raya masing2, yang meriah, yang tak meriah.. Macam2 ada..

Syawal aku kali nie tersangatlah biasa & sederhana.. Seperti hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad yang lepas2.. Walaupun baju raya aku ada 3 pasang, semuanya ready made, tak kuasa nak melayan hari raya.. Pergi kedai, nampak macam hebat je, bayar. Kuih pun biasanya aku akan buat dekat 5,6 jenis.. Tapi kali nie yang mampu diuli dan dibakar cuma 2 jenis je. Teringat pula zaman menyambut hari raya di Poli. Sangat meriah kerana ada kamu semua.. Happening..

Tahun nie amat berbeza, cuti raya aku hanya 2 hari.. Yang selebihnya, aku terpaksa cuti potong gaji, kerana ingin menghadiri majlis sahabat sejati. Inilah part yang paling best sempena Syawal aku kali nie, menghadiri majlis perkahwinan teman sepermainan.. Oleh sebab majlis mengambil tempat di Mersing, aku jadi sangat teruja. Maklumlah, sesiapa yang mengenali aku mesti tau aku sangat suka akan pantai. Outdoor photoshoot pengantin dilakukan di Pantai Air Papan kira2 7km dari rumah pengantin. Boleh dikatakan juga, 1km bertentangan dengan kawasan perumahan pengantin, dapat dilihat pantai sepanjang jalan Kampung Makam.. Cuma pantai itu tidak sebersih dan sebiru Air Papan..

Minggu nie mula kerja lagi.. Walaupun job tak banyak, terpaksa juga tercangak di pejabat.. Cukup bosan..

Ingat pengantin je boleh posing dengan bunge? Aku pun boleh...


Aku dengan uda, pergi mandi pantai hari Ahad tu..

My Bestfriend wedding Pt 2




25hb September 2009 bersamaan 6 syawal 1430h.
Semoga mereka lekas2 menimang cahaya mata
& kekal hingga ke pintu syurga.
Aminn..