Cerita scary..

Korang semua dah siap siaga nak dengar cerita aku? Haa.. Cepat-cepat, tutup tingkap, tutup pintu, sorok dalam selimut.. Sebab aku nak cerita yang scary punya ni! Memang scary habis..!

Al-kisah.. Bermula lah kisah dimana cerita ini berlaku kira-kira dua minggu yang lepas. Aku bertanggungjawab untuk menjaga reception sepanjang hari, dari pukul 10 pagi hinggalah sebelas malam. Kerana si 'Receptionist Asal Yang Handal Menipu' (RAYHM) itu berpura-pura sakit punggung sebab terlalu banyak menonggeng.. Huh??

Bila tiba hari raya.. Eh. Silap2..

Bila menjelang pukul 10.45 malam, suasana dekat office Pacific akan sekelip mata menjadi sunyi sepi. Orang terakhir yang berada di pejabat ialah aku, sebab aku bertanggungjawab paging closing Pacific.

Selesai paging aku tutup lampu, tutup aircond. Untuk mempercepatkan perjalanan, aku lalu jalan singkat atau lebih dikenali sebagai 'shortcut maut'.. Aku harus melalui stor barangan home furnishing dan ladies yang sunyi dan gelap semasa malam hari.

Masuk saja kawasan tersebut, jantung berdetak dengan laju sekali. Manik-manik peluh pun mula memunculkan diri. Tiba-tiba aku teringat satu baris lirik dari filem Final Destination 3 yang aku tonton beberapa hari lalu.

'There is someone.. Walking behind you..'

Langkah dipercepatkan. Hati di dalam mula mencarut-carut sendiri..
demitt demitt! WTF! time camni lah nak teringat!*&$#@$

Malang sekali, lagu berkenaan terus-terusan menghantui kepala dan minda yang semakin tak stabil.

'There is someone.. Walking behind you..'
'There is someone.. Walking behind you..'
'There is someone.. Walking behind you..'


Sekejap-sekejap aku pandang belakang, sekejap-sekejap aku pandang kiri dan kanan.
time takut sebenarnya perasaan curious tu lagi menjadi2..

Aku dah semakin hampir dengan tangga, dah hampir melepasi kawasan gelap, pekat dan hitam itu. Tiba-tiba..


*Gedebukk!!!*

"Adoiii laa!!!"

"Astaghfirullah.. Dik, ko ni jalan macam mane ni dik? Akak yang besar ni pun ko langgar.."

Kakak supervisor bahagian Home Furnishing, Sarah bukan nama sebanar mencurahkan bebelan spontan.

Dek kerana terngiang-ngiangkan lagu 'berhantu' itu, aku telah melanggar seorang hamba Allah yang juga ingin pulang dari kerja. Aku mengurut-urut lenganku, aku lihat Kak Sarah turut memicit-micit perlahan bahunya. aik! 'gagah' pun sakit jugak ke?

Aku tersipu-sipu malu. Nasib baik takde orang lain tengok. Kalau tak, jatuh reputasi aku! Lalu aku memohon maaf pada Kak Sarah.

"Akak, sorry kak. Huhu. Takut tadi. Gelappp! Jangan beritahu orang lain tau, pasal saya langgar akak."

Itu dia, sempat juga aku menyampaikan pesanan penaja untuk Kak Sarah. kak Sarah tersengih melihat aku yang tersipu-sipu dan mengajak aku untuk turun bersamanya sebab dia pun takut sebenarnya. Hek eleeehhh!

Hari itu sepanjang jalan pulang aku tersengih sambil menunggang untaku.


Pen Off.. Hee...


p/s : cerita ini telah ditambah
sedikit Ajinomoto agar lebih
sedap hingga menjilat jari.. XP




Sudah tonton! The Twilight Saga : New Moon

Jumaat lepas, iaitu beberapa hari sebelum gaji. Aku pergi mengorbankan not sepuluh ringgit yang sepatutnya aku gunakan untuk belanja dua hari sebelum dapat gaji. sengkek gilahh Hasutan oleh si Edward Cullen yang the very the handsome membisik2 dengan kerap di gegendang telinga, begitu juga dengan jelingan tajam si Jake the Werewolf yang sangatlah macho itu berhasil! tengok dia punya abs, menjejeh2 air liur keluar


Hurm.. Anyway, buat yang tengok first movie, Twilight. Maybe ada antara korang yang rasa kurang syok, sebab kali ni kurang aksi2 mantop.. hey3.. jgn fikir aksi lain daa.. Storyline kali ni, lebih banyak adegan romantik dan kekecewaan Bella setelah ditinggalkan Encik Drakula Cullen. Mujur jugak ada Jake datang memberi harapan dan cinta baru untuk Bella. Tapi di pengakhiran cerita, Bella tetap memilih Cullen. Jalan cerita tergantung tak bertali di situ. Yang aku pasti, akan datang mesti ada twilight yg ke-3.. cerita brief aje.. kalau cerita semua nanti korang tak pergi tonton pulak..


Conclusion-nya, kali ni cerita agak slow sikit. Walaubagaimanapun, saya sebagai pengarah amat berpuas hati dengan lakonan kesemua pelakon saya.eh2.. apakah??


Empat bintang aku bagi untuk The Twilight Saga, sebab aku suka cerita romantik2 ni.. Korang mesti tonton sebab masing2 suka benda yang berbeza.. Bukan ke begitu?? So sebagai pengakhiran entri ini, aku kepilkan bersama2 gambar2 selepas menonton..


Tiket merupakan bukti utama!


Lepas Twilight layan Nur Kasih Finale kat food court.


dalam lif pun layan...


three of us.. dari kiri, Ijal, Kak Zai & aku..

Saya ingin bercinta


Tajuknya kedengaran jinjang bukan?
Pasti menari-nari kegelian bulu ketiak kawan2 yang membacanya.
Hoh?? Bulu what??

'Malam jadi siang,
siangpun jadi malam
Tidur pun ku tak bisa tenang..
Ku yakin ini cinta
Aku sedang jatuh cinta
Aku, tergila-gila..'

Bukan Bintang Biasa - Tergila-gila

Baris2 lirik di atas ini aku rasa lebih dari
cukup untuk menerangkan perasaan aku
kebelakangan ni.
Rasa bahagia, berwarna-warni, berbunga-bunga,
terapung-apung gitu!
siapa yang guna black magic kat aku sampai terapung ni?

Mana tak nya, masa tengah balut gift cutomer pun
aku boleh bantai senyum seorang diri secara tiba2.
Customer tu dah pandang dengan wajah pelik.
Hello2. Awak center lagi tak ni?
Terus aku jadi tersipu-sipu ala kucing
sebab baru kusedari bahawa aku buang tebiat.

Apa sekalipun,
aku panjatkan syukur kepada Ilahi
kerana Dia telah membuka pintu hati ini sekali lagi.
sebelum ni hati aku ibarat dimangga dengan seribu buah pad lock!



Yang lebih mengindahkan rasa-rasa ini,
apabila ianya datang bukan hasil provokasi
mana-mana pihak mahupun si dia..
syok sendiri
Perasaan ni datang sebab diri dia sendiri..
Entah apa ilmu yang dipakai,
aku pun kurang periksa..
Mungkin dia pakai ilmu hisab kot..
eh2! bukan ilmu hisap tauuuu!

Apa pun sebenarnya
aku tak cakap kat dia lagi pun..
Cuma aku kata kat dia,
aku sangat happy sekarang..
Aku masih belum rasa perkara ini patut di'confess'
dengan segera.
I'm not that desperate anyway..
cuma ada sikit perkara
yang aku rasa nak cakap dekat dia someday..



Untuk tuan yang membuka hati :

Terima kasih! To cheh! Thank you! Danke!
Sebab dengan meminati diri awak,
saya tau hidup saya kembali normal.
Bukan lagi berhati titanium seperti dulu,
dan inilah yang paling menggembirakan saya.
Saya harap awak izinkan saya
mencari rongga2 kosong di hati awak
untuk saya cuba isikan dengan kasih sayang saya..
Andai memang kita berjumpa bukan untuk bercinta,
maka bersahabatlah kita buat selamanya.. =)

Fredo sayangku

Fredo..
hari ini
aku temui kuning diputihmu..
debu tanah dibibirmu..
cela-cela yang sedikit sebanyak
mengganggu ketenangan ku..
Kulit belakangmu kulihat merekah,
andai bernyawa pasti berdarah..
Sayang,
poketku kini kering dari basah
mengubati geringmu amatlah payah..

Fredo..
Salahkan aku,
aku berlari dari sesuatu..
Dua puluh empat jam dalam seminggu
Hingga membuat kau sakit bila menemaniku..
Walau beribu batu,
tetap kaulah yang membantu..
Kerna itulah aku sayang padamu..

Fredo..
hadirmu,
ketika sayap di belikatku baru tercipta..
Sekaligus,
usiamu menjadi kayu ukur cinta
andai sayap itu masih bertakhta..
Kini sayap itu pergi selamanya
Namun,
kau tetap bersama di suka dan duka..
Andai bisa saja kau berbicara
pasti kau kata
'sayap itu fana,
khayalan sementara..'

Fredo,
Aku hawa yang biasa
di bumi ciptaan maha Esa..
Tak berdaya mencela,
hanya mengintai umpama 'stalker'
Kusut sekali sekala melanda
membadai di hati yang berongga,
tak berjiwa..

Urghh!

Mode : Confused dan serabut!!
Maybe it takes a long time untuk update blog macam biasa..


Out for good..~