video senget mana boleh edit.
masa nak shoot tak pikir dulu..
kan dah padan muka.
p/s : aku nak jadi budak filem..lagi sekali.
Pukul 7 pagi lagi perut dah sibuk mintak makanan.. So, encik kekanda pun diajak ke Rahmath Bistro untuk mencari sehelai dua sarapan. Jadi hampir setiap hari yang aku makan ialah mi megi yang digoreng oleh mamak (megi goreng mamak). Ianya sungguh selamat untuk dimakan, tanpa perisa tambahan (MSG) juga enak.. Kalau aku pergi makan kat Syed seksyen tiga tu pun aku cari megi goreng mamak juga.. Mungkin kalau korang x-ray dalam perut aku, korang akan nampak banyak fosil megi goreng..
*Tap tap tap.. (Berlalu pergi..)
Posted in story2
(hingar bingar itu, membangkitkan aku
yang sedikit-sedikit sudahpun hilang ditelan keramaian)
sana sini
berbondong-bondong orang berborong
membeli juadah berbuka
layaknya seperti setahun
tak makan dan minum.
aku..dia..
terpegun seketika
kocek berhabuk itu ku seluk,
yang ada cuma not sepuluh..
cukup buat mengisi perut.
sesudah berlapar,
menjalani ibadah yang dituntut
di atas meja
beralaskan plastik rona merah berbunga
cuma ada
dua jenis kuih, dua gelas air berperisa
syukur Tuhan..
kepada rezeki yang Kau beri
ini lebih dari mencukupi.
kerana kami
makan untuk hidup,
bukan makan untuk mati.
awal pagi ramadhan ke sepuluh
puncak perdana 2010
Mode : my habit, tend to speak to the wall..
P/s : Okay.. This has nothing to do with anyone out there but only my endless 'i-feel-bored' babbling.. Please take note that i'm having an ugly PMS here... Ciao..^^
Subscribe to:
Posts (Atom)