the MINI reunion!

Herm.. Hari selasa lepas aku ke KL kononnya nak tengok rumah sewa. ape konon pulak??betul ape! Rumah sewa tu dekat Shah Alam Seksyen 7 & u17 Puncak Perdana. Sila jangan hairan di sini, antara ramai-ramai geng yang masuk UiTM, aku saja solo-solo dapat kampus Puncak. Yes lah kan?!!xpe2! semangat! aku kan tabah! Berikut adalah sorotan peristiwa-peristiwa mini reunion

Rabu :

Pagi-pagi aku menyemak kat office Yat, A.Aida Production. Malam tu baru pergi tengok rumah Cik Munn. So, lepas pergi Seksyen 7 tengok rumah sewa Cik Munn, pergi U17 pula tengok rumah sewa aku. ekceli aku sewa bilik aje. Kerana direktori yang diberi oleh Mr. Rahmanbukan nama sebenar salah belaka, kami telah berpusing-pusing mengelilingi roundabout berhampiran Lapangan terbang Subang sebanyak tiga kali sebab tak sure arah yang dituju. Sadis sungguh..


syok sendiri dalam office Yat

Perkara berkenaan mengakibatkan kami tiba di Puncak Perdana hampir pukul sebelas malam. Jalan nak ke situ, walawehh.. mustahil aku akan keluar seorang diri waktu malam. Gelap gelita sunyi sepi.. Karang jadi episod kedua cerita scary pulak kan.. Sangat-sangat berterima kasih kepada dua orang hero, Syawal Anak Abah dan Encik Mat yang menyelamatkan kami dari lembah kesesatan..


Khamis :

Keluar dari topik rumah sewa. Cik Fatin Farhanah pula datang pada hari Khamis, Cik Munn pulak dah nak balik Bangi masa tu.korang ingat lumbe baton ke ape?? Titik perpisahan aku, Fatin & Cik Munn adalah di atas Monorail ketika tiba di Stesen Hang Tuah. Dah puas aku, Yat & Fatin provok Cik Munn supaya stay lagi sehari, tapi Cik Munn memang cekal.tak termakan hasutan jelmaan2 syaiton


makan makan di Sweet Chat!


posing mesti mauu!


Malam tu, reunion pula dengan Din, Samad & Zul Api. Kami makan besar kat Poo Seafood, Kg. Cheras Baru. Pukul 9 setengah dah habis makan, tapi sembang sampai pukul satu! Sampai senget 45 darjah lah meja kedai tu dikerjakan kami. Paling berterima kasih kepada Samad sebab 'payung' kami malam tu..

Makan Besar, Poo Seafood


Jumaat :

Tengah hari jalan-jalan ke Jusco Setiawangsa, jalan-jalan lagi bersama Encik Mat sepupu Yat merangkap BF angkat kami melawat Kem THO & Kementah kemudian merayap lagi sampai ke Bukit Ampang, minum air yang mahal gila.gila pun tak mahal macam tu


menunggu kehadiran hero untuk menyelamatkan kami!


Panorama KL dari Bukit Ampang

Kucing comel..Meowww


Malam pulak kami berkaraoke sampai lebam di E Box, Endah Parade dekat Sri Petaling.. Masuk dari pukul sepuluh sampai tempat karaoke tu tutup pukul 2.45, bangun pagi suara serak..Wauu! Din yang payung karaoke malam tu. Hontouni arigatou.. betul2 terima kasih

Sabtu :

Samad, Din & Zul menyeludup kami ke konsert Rock The World 9!kebetulan mereka ada job di situ Walaupun aku bukan fanatik sangat dengan konsert-konsert macam tu. Tapi sporting la kan, bukan selalu.. Layan sajaa..~


1,2,3 Cakkk!!

Kira-kira pukul 3.45 petang kami pulang. Tapi sebelum pulang sempat jugalah bertemu dengan senior kami, Kak Syana di tengah-tengah jalan. Kami berlari emak ke kereta apabila hujan mencurah dengan lebat tiba-tiba, macam menghalau-halau kami pulang.bosanlah asyik berlari anak je..

"syohh syohh..! Blah la cepat! bas korang pukul 6!"kata hujan kalau hujan boleh berkata-kata.

Sekian Al-kisah yang panjang..


p/s : entri ini dimasukkan kerana aku sedang kekeringan idea.
Tengsss kerana membace walaupun mengarut!

2 Response to "the MINI reunion!"

  1. FaBuL0us HazY MesSy LiFe Says:

    naseb x de hri ahad..kalo x da jd journal blog plak...hahah

  2. pijapepijat Says:

    ahaha..naseb naseb..
    pasneh kite kua seminggu lak..
    kompem jd journal blog..XD