Cerita scary..

Korang semua dah siap siaga nak dengar cerita aku? Haa.. Cepat-cepat, tutup tingkap, tutup pintu, sorok dalam selimut.. Sebab aku nak cerita yang scary punya ni! Memang scary habis..!

Al-kisah.. Bermula lah kisah dimana cerita ini berlaku kira-kira dua minggu yang lepas. Aku bertanggungjawab untuk menjaga reception sepanjang hari, dari pukul 10 pagi hinggalah sebelas malam. Kerana si 'Receptionist Asal Yang Handal Menipu' (RAYHM) itu berpura-pura sakit punggung sebab terlalu banyak menonggeng.. Huh??

Bila tiba hari raya.. Eh. Silap2..

Bila menjelang pukul 10.45 malam, suasana dekat office Pacific akan sekelip mata menjadi sunyi sepi. Orang terakhir yang berada di pejabat ialah aku, sebab aku bertanggungjawab paging closing Pacific.

Selesai paging aku tutup lampu, tutup aircond. Untuk mempercepatkan perjalanan, aku lalu jalan singkat atau lebih dikenali sebagai 'shortcut maut'.. Aku harus melalui stor barangan home furnishing dan ladies yang sunyi dan gelap semasa malam hari.

Masuk saja kawasan tersebut, jantung berdetak dengan laju sekali. Manik-manik peluh pun mula memunculkan diri. Tiba-tiba aku teringat satu baris lirik dari filem Final Destination 3 yang aku tonton beberapa hari lalu.

'There is someone.. Walking behind you..'

Langkah dipercepatkan. Hati di dalam mula mencarut-carut sendiri..
demitt demitt! WTF! time camni lah nak teringat!*&$#@$

Malang sekali, lagu berkenaan terus-terusan menghantui kepala dan minda yang semakin tak stabil.

'There is someone.. Walking behind you..'
'There is someone.. Walking behind you..'
'There is someone.. Walking behind you..'


Sekejap-sekejap aku pandang belakang, sekejap-sekejap aku pandang kiri dan kanan.
time takut sebenarnya perasaan curious tu lagi menjadi2..

Aku dah semakin hampir dengan tangga, dah hampir melepasi kawasan gelap, pekat dan hitam itu. Tiba-tiba..


*Gedebukk!!!*

"Adoiii laa!!!"

"Astaghfirullah.. Dik, ko ni jalan macam mane ni dik? Akak yang besar ni pun ko langgar.."

Kakak supervisor bahagian Home Furnishing, Sarah bukan nama sebanar mencurahkan bebelan spontan.

Dek kerana terngiang-ngiangkan lagu 'berhantu' itu, aku telah melanggar seorang hamba Allah yang juga ingin pulang dari kerja. Aku mengurut-urut lenganku, aku lihat Kak Sarah turut memicit-micit perlahan bahunya. aik! 'gagah' pun sakit jugak ke?

Aku tersipu-sipu malu. Nasib baik takde orang lain tengok. Kalau tak, jatuh reputasi aku! Lalu aku memohon maaf pada Kak Sarah.

"Akak, sorry kak. Huhu. Takut tadi. Gelappp! Jangan beritahu orang lain tau, pasal saya langgar akak."

Itu dia, sempat juga aku menyampaikan pesanan penaja untuk Kak Sarah. kak Sarah tersengih melihat aku yang tersipu-sipu dan mengajak aku untuk turun bersamanya sebab dia pun takut sebenarnya. Hek eleeehhh!

Hari itu sepanjang jalan pulang aku tersengih sambil menunggang untaku.


Pen Off.. Hee...


p/s : cerita ini telah ditambah
sedikit Ajinomoto agar lebih
sedap hingga menjilat jari.. XP




11 Response to "Cerita scary.."

  1. jebat jurjana Says:

    ajinamoto tidak bagus untuk kesihatan dan boleh menyebabkan barah otak.

    nak kenal RAYHM blehh??

  2. Cikgu Daniel Says:

    mmg nice ceritanya! tergelak jap sampai hilang mengantuk jaga exam ni!

  3. kumb@ng Says:

    moral of story?hehe...

  4. yanasaja Says:

    pija.......
    mengkarung ke cicak ke biawak hijau kat tepi ni gile scary.buat aku terus kene komen.hahaha

  5. Apih Says:

    kamu memang chantek

  6. s.c.h.u.l.t Says:

    2nd jebat!

    oh lain kali sila berhati2 ye :)

  7. pijapepijat Says:

    jebat : RAYHM kini sudah MIA (Missing In Action)..

  8. pijapepijat Says:

    cikgu daniel : hee.. lain kali berkunjunglah lg..XD

  9. pijapepijat Says:

    abg kumbang : morale of the story, lain kali jgn tgk citer seram..XP

    yanahh : hehe.. aku saje je letak mengkarung tuh..
    biar die jeling2 sket silent reader.. X)))

    apih : X)

    syud : hehe..lain kali xguna ajinomoto dah.. guna tumix pulak..XP

  10. lynabun factory Says:

    erk elee ko jaa....dr zaman trip ke langkawi sampai skang..sumpahan tu xhabeh2 lagi ker?{ aku ase ko sndri pham~~~=p}

    btw~~~~menarik & aku da tergelak besar td..siap bley imagine muko menglabah ko tatkala itu...

  11. pijapepijat Says:

    ahahaha...
    ingat lg ko ye pasal sumpahan 7 keturunan tu??
    aku rase kali ni yg terakhir..
    takde dah lepas ni..
    *mintak2lah..aminn*

    btw, tengs puji..hee.. terus la sokong aku dari semua sudut..
    untuk terus merapu macam ni.
    *macam komen ahli politik pulak!*