Posted in story2
(hingar bingar itu, membangkitkan aku
yang sedikit-sedikit sudahpun hilang ditelan keramaian)
sana sini
berbondong-bondong orang berborong
membeli juadah berbuka
layaknya seperti setahun
tak makan dan minum.
aku..dia..
terpegun seketika
kocek berhabuk itu ku seluk,
yang ada cuma not sepuluh..
cukup buat mengisi perut.
sesudah berlapar,
menjalani ibadah yang dituntut
di atas meja
beralaskan plastik rona merah berbunga
cuma ada
dua jenis kuih, dua gelas air berperisa
syukur Tuhan..
kepada rezeki yang Kau beri
ini lebih dari mencukupi.
kerana kami
makan untuk hidup,
bukan makan untuk mati.
awal pagi ramadhan ke sepuluh
puncak perdana 2010
Posted in nurcahaya
Posted in nurcahaya
"Aku tetap akan di sini, walau seribu tahun sekali pun aku disuruh menanti. Selagi aku belum mati, selagi kau tidak memberi kata yang pasti."
Tapi bulan tetap di situ. Tiada kata yang pasti menyuruh si pungguk pergi. Hanya apabila malam tiba, pungguk bercakap dan dia menemani. Pungguk bergelak dan bulan mengiringi. Hari-hari, malahan berbulan-bulan pungguk mengulangi perkara yang sama.
Bagi pungguk, segalanya masih begitu kabur, kendur untuk dia simpulkan kesudahannya. Maka kerana itu dia masih tabah menanti cintanya disambut oleh bulan. Sang bulan pula semakin kerap bercerita tentang keindahan yang dipujanya. Tanpa bulan menyedari, dalam senyum si pungguk nyata hatinya menangis.
*Bukk!*
Sesuatu jatuh.
"Ah.. Sebiji epal?"
Si pungguk mendongak melihat pohon yang seringkali dia bertenggek itu. Rupa-rupanya ianya pohon epal. Tidak pernah si pungguk sedari yang tempat dia bertenggek, bersandar mencurahkan kesedihan cinta yang tak kunjung tiba itu ialah sepohon epal.
"Makanlah epal itu sayang. Kuberi yang paling ranum dan manis isinya untuk kau"
Pohon epal bersuara. Si pungguk melihat dalam-dalam ke matanya. Dapat dilihat kasih si pohon epal itu.
"Akan tetapi jika kau meragui aku, janganlah kau makan epal itu. Aku akan menanti hingga keraguan itu pudar dari hatimu."
Sambung si pohon epal, keikhlasan melantun dari lembut suaranya. Si pungguk menggigit epal yang jatuh ke ribaannya tadi. Manis sekali. Kerana manisnya epal, pungguk telah terlupakan lara di hatinya. Perlahan, nama bulan yang terukir di hatinya beransur-ansur hilang.
Masa berlalu dan si pungguk terus setia bertenggek di dahan sepohon epal. Tetapi kali ini bukan kerana menanti si bulan. Kali ini kerana menemani sepohon epal, tempatnya bersandar.
Posted in pungguk[dan]epal
dahulu, |
Posted in nurcahaya
kerana itu kau diam
terbias, mengenai diri
merembes dan mencorakkan satu lukisan
di dalam hati
Posted in nurcahaya
aku berkicau riang
melompat-lompat senang
hati berbunga sayang
kicau kicau
hatiku rayau
melihatnya sasau
malam jadi igau
malam malam
aku tenggelam
hilang terdiam
tahan luka terdalam
tajipepis022220
25Februari2010
Posted in nurcahaya
Hari ini sangat santai. Kelas Pak Hassan Muthalib dibatalkan sebab dia masih lagi berada di Berlin sempena Berlin International Film Festival. Sebuah filem pendek hasil karya bekas senior JRV di polikteknik bertajuk 'Sujud' telah dibawa oleh Encik Hassan ke sana untuk di tayangkan.
Syabas kepada Remy, Karim, Mamat dan Dien. Walaupun karya mereka dibawa ke sana bukanlah untuk dicalonkan, tetapi ianya tetap membanggakan. It's a long journey right?
Untuk junior-junior JRV yang masih menuntut ilmu di Perlis, contohilah mereka. Jangan asyik mengata dan mengeji orang lain sedangkan semuanya salah diri sendiri. Satu jari kita menuding kepada orang lain, tetapi empat jari lagi menuding kembali kepada diri sendiri. Aku memang tak layak untuk menasihati korang, jadi ini adalah ingatan terhadap diri sendiri juga.
Baiklah, sebenarnya aku nak promote laman web Kapasitor.net. Laman web ini memberi peluang kepada amatur-amatur seperti kita yang baru berjinak-jinak di dalam dunia seni untuk menyerlahkan bakat kita.
Daftarlah di sini dan korang boleh menghantar karya-karya berbentuk penulisan seperti puisi, cerpen dan novel di dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Karya-karya ini kemudiannya akan dikomen dan dinilai supaya korang dapat memperbaiki karya dan kemudiannya dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu.
Korang boleh juga menghantar hasil lukisan atau hasil seni fotografi untuk dinilai dan dikomen. Jangan risau, ahli-ahli di Kapasitor semuanya sangat sporting dan kool. Untuk mereka yang mencari networking, inilah masanya. Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja! Jadi korang jangan tunggu lama-lama, klik sini untuk daftar sekarang!
Hari Khamis ialah Hari Kapasitor! Yeayy!!
Posted in attention
hati aku berkata-kata. Perasaan suka yang menjurus kepada perasaan sayang seorang perempuan terhadap seorang lelaki.
Aku tak faham dengan diri aku sendiri.. Entah kenapa aku asyik mengejar benda yang tak pasti. Semakin aku kejar semakin jauh dia berlari. Hati ni tak pernah faham akan hakikat realiti, tentang perkara yang mustahil macam ni. Asyik terkejar dia yang hampir pasti tidak mungkin aku miliki..
Aku rasa sangat kerdil di matanya. Kenapa? Pengalaman yang lepas menjadikan aku seorang yang penakut, pengecut. Aku jadi hipokrit bila berhadapan dengannya. Walaupun aku seorang yang berfikir secara liberal, tetapi adakalanya ku akui ada selapis cangkerang yang jernih dan halus menutupi akal fikiran ini dari berfikir yang positif dan baik-baik sahaja.
Mungkinkah dia masih ingat apa yang pernah aku katakan kepadanya? Kemungkinan besar dia sudah melupakan semua itu kerana sudah lama aku tak menulis tentang hati, tentang dia.. Lagipun aku hanya pungguk, dia pula sang bulan.. Tidak ku tahu bila dia dapat ku pangku di ribaan..
Posted in hati yg berkata2
Tengok orang lain tu ada yang buat layout sendiri, siap letak muka dia lagi kat layout tu. Kita yang tak reti ni, boleh duduk diam-diam dan jeles sajalah nampaknya kan. Hurm.. Aku tak boleh nak taip panjang-panjang sebab tengah buat assignment sebenarnya.
Okeh Babai!
Entri ini sangat panjang, harap korang dapat baca dengan sabar.
Dalam beberapa minggu yang lepas, negara kita sibuk betul pasal isu penggunaan nama Allah di gereja kan? Isu itulah yang menjadi topik perbualan makhluk-makhluk di Facebook itu.
Kalau kita fikir-fikirkan dari segi logik akal, betul kata mereka tu. Sekian lama kita menyebut perkataan Allah untuk urusan keagamaan mahupun seharian, baru kini isu ni nak diperbesar-besarkan. Selama ni mungkin mereka dah menggunakan perkataan itu berpuluh-puluh kali dalam sehari di gereja. Korang tak rasa relevan ke apa yang mereka katakan tu? Yang salahnya di sini, ialah cara mereka bercakap mengenainya. Seolah-olah menghina Allah dan Islam itu sendiri.
Kira-kira dua minggu yang lepas, pensyarah aku ada bincangkan mengenai hal ini di dalam kelas. Mendengar hujah darinya menyebabkan aku tersedar dari arus orang ramai yang memperjuangkan hal ini. Pensyarah ini bukan calang-calang orangnya, malah dia sudah mengkaji kitab bible untuk mengetahui logiknya agama kristian itu dan kaitannya dengan agama Islam.
Hasil dari perbincangan spontan kami di dalam kelas itu aku dapat rumuskan bahawa, kita hanya menjadi 'puppet' orang-orang kafir untuk memainkan propaganda mereka. Apabila kita memberontak; membuat rusuhan dan sebagainya berkenaan isu ini, dapatlah mereka menuduh orang Islam ini terrorist atau pengganas.
Aku sedar aku bukanlah sesiapa untuk menulis sesuatu berkenaan isu yang serius lebih-lebih lagi berkaitan soal agama. Tapi dengan menggunakan minda yang waras, sesiapa pun mampu menilai perkara ini dari sudut positif.
B : ala U.. hari ni aje oke? esok I janji kita pergi makan tempat lain..
A : okeeyyy... ni yang I sayang U lebih ni....
whats wrong with 'these' people??
tak faham aku.. gedik + plastik gilahh!
p/s : siapa makan cili dia terasa pedasnya..
(upps! sorry you, no offense okay?)
Posted in geli2
Posted in nurcahaya
Posted in story2