Tajuknya kedengaran jinjang bukan?
Pasti menari-nari kegelian bulu ketiak kawan2 yang membacanya.
'Malam jadi siang,
siangpun jadi malam
Tidur pun ku tak bisa tenang..
Ku yakin ini cinta
Aku sedang jatuh cinta
Aku, tergila-gila..'
Bukan Bintang Biasa - Tergila-gila
Baris2 lirik di atas ini aku rasa lebih dari
cukup untuk menerangkan perasaan aku
kebelakangan ni.
Rasa bahagia, berwarna-warni, berbunga-bunga,
terapung-apung gitu!
Mana tak nya, masa tengah balut gift cutomer pun
aku boleh bantai senyum seorang diri secara tiba2.
Customer tu dah pandang dengan wajah pelik.
Terus aku jadi tersipu-sipu ala kucing
sebab baru kusedari bahawa aku buang tebiat.
Apa sekalipun,
aku panjatkan syukur kepada Ilahi
kerana Dia telah membuka pintu hati ini sekali lagi.
Yang lebih mengindahkan rasa-rasa ini,
apabila ianya datang bukan hasil provokasi
mana-mana pihak mahupun si dia..
Perasaan ni datang sebab diri dia sendiri..
Entah apa ilmu yang dipakai,
aku pun kurang periksa..
Mungkin dia pakai ilmu hisab kot..
Apa pun sebenarnya
aku tak cakap kat dia lagi pun..
Cuma aku kata kat dia,
aku sangat happy sekarang..
Aku masih belum rasa perkara ini patut di'confess'
dengan segera.
cuma ada sikit perkara
yang aku rasa nak cakap dekat dia someday..
Untuk tuan yang membuka hati :
Terima kasih! To cheh! Thank you! Danke!
Sebab dengan meminati diri awak,
saya tau hidup saya kembali normal.
Bukan lagi berhati titanium seperti dulu,
dan inilah yang paling menggembirakan saya.
Saya harap awak izinkan saya
mencari rongga2 kosong di hati awak
untuk saya cuba isikan dengan kasih sayang saya..
Andai memang kita berjumpa bukan untuk bercinta,
maka bersahabatlah kita buat selamanya.. =)