So, title post nie memang menggambarkan apa yang aku nak cakap.. Kawan2 aku semua buat entri untuk raya. Cerita tentang raya masing2, yang meriah, yang tak meriah.. Macam2 ada..
Syawal aku kali nie tersangatlah biasa & sederhana.. Seperti hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad yang lepas2.. Walaupun baju raya aku ada 3 pasang, semuanya ready made, tak kuasa nak melayan hari raya.. Pergi kedai, nampak macam hebat je, bayar. Kuih pun biasanya aku akan buat dekat 5,6 jenis.. Tapi kali nie yang mampu diuli dan dibakar cuma 2 jenis je. Teringat pula zaman menyambut hari raya di Poli. Sangat meriah kerana ada kamu semua.. Happening..
Tahun nie amat berbeza, cuti raya aku hanya 2 hari.. Yang selebihnya, aku terpaksa cuti potong gaji, kerana ingin menghadiri majlis sahabat sejati. Inilah part yang paling best sempena Syawal aku kali nie, menghadiri majlis perkahwinan teman sepermainan.. Oleh sebab majlis mengambil tempat di Mersing, aku jadi sangat teruja. Maklumlah, sesiapa yang mengenali aku mesti tau aku sangat suka akan pantai. Outdoor photoshoot pengantin dilakukan di Pantai Air Papan kira2 7km dari rumah pengantin. Boleh dikatakan juga, 1km bertentangan dengan kawasan perumahan pengantin, dapat dilihat pantai sepanjang jalan Kampung Makam.. Cuma pantai itu tidak sebersih dan sebiru Air Papan..
Minggu nie mula kerja lagi.. Walaupun job tak banyak, terpaksa juga tercangak di pejabat.. Cukup bosan..
Ingat pengantin je boleh posing dengan bunge? Aku pun boleh...
Sesaat tadi aku rasa berbunga2.. Sesaat kemudiannya aku menangis.. Adakah Kau takdirkan aku begini kerana dosa2ku? Dimana agaknya noktah rasa ini?? Yang Maha Esa, ku mohon Kau cantumkan kembali serpihan ini.. Aku ingin menjadi kuat & tabah seolah saat itu tidak pernah terjadi..
Title : Titian Siratulmustaqim Waktu Siaran : 12AM 16-Sep-2009 6 AM 19-Sep-2009 Lakonan : Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi
Telemovie ini bukan sahaja mengisahkan kesetiaan seorang suami kepada isterinya, malah ia menunjukkan bagaimana takdir yang dilihat dari mata kasar berubah dengan sekelip mata.. Yang sakit tenat beransur menjadi sihat, yang sihat walafiat meninggalkan dunia dalam sekelip mata.
Aku feature video nie sebab ada maksud yang tersirat di dalamnya Also, aku rase video nie memang tahap kelakar rabak.. Dah dekat seminggu aku tengok video nie, seminggu jugaklah aku tak habis2 ketawa...
Rasa2 malas nak baca pergi bawah sekali dalam post ini..
Imam Nawawi menyebut jin syaitan ini dibelenggu kerana menghalang mereka dari menyakiti orang mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Belenggu itu boleh jadi hakiki (sebenar) atau majazi (simbolik).
Al-Qadhi Iyadh menyebut: Boleh jadi Allah membelenggukan syaitan itu dengan rantai dan belenggu dengan sebenarnya, bukan ia majazi atau secara simbolik sahaja. Tujuannya supaya mereka tidak menyakiti mukmin dan menakut-nakutkan mereka. Boleh jadi juga ia adalah simbolik. Allah jadikan mereka itu lemah dari menipu-daya mukmin dalam bulan puasa ini hingga jadi kuranglah tipu-dayanya. Maka jadilah mereka itu seolah-olah dibelenggu. Belenggu juga dengan makna mereka tidak dapat menipu sebahagian mukmin dan sebahagiannya dapat ditipunya. Sebahagian perkara dapat ditipu dan sebahagiannya tidak. Ini semua bermaksud membesarkan bulan Ramadhan itu.
Berkenaan pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka, Imam Nawawi menyebut bahawa ia boleh jadi hakiki atau majazi juga. Ertinya apabila masuk bulan puasa itu, Allah buka jalan taat yang banyak kepada hambaNya, yang tidak ada di bulan selain Ramadhan seperti berpuasa, berjaga malam dan pelbagai kebajikan yang lain. Maka itulah yang menjadikan sebab masuk syurga dan seolah-olah itulah pintunya.
Berkenaan seruan itu pula, ia tidak didengari oleh manusia. Namun Allah tidak membiarkan begitu sahaja. Allah memberitahu Nabinya tentang seruan tersebut. Diwakilkan kepada Malaikat menyeru pada setiap malam puasa memanggil hamba-hambaNya untuk berbuat taat dan menjauhkan maksiat.
Allah memerdekakan hambaNya dari neraka dengan sebab ketaatan yang dibuat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab mengesakan Allah. Ada yang dimerdekakan dengan sebab solat. Ada yang dimerdekakan dengan sebab puasa. Pemerdekaan dalam bulan puasa ialah dengan sebab pahala puasa dan berkatnya.
ehsan & sumber sekunder : Fatin Farhanah Mohamad Nor
menurut pemahaman saya :
Al-qadhi iyadh menyebut, boleh jadi jin & syaitan dibelenggu pd bulan puasa adalah hakiki( kenyataan) or majazi (simbolik).... maksudnye hakiki itu, syaitan benar2 dirantai daripada mengganggu & menyakiti manusia. manakala Majazi itu simbolik, yang maksudnya Allah SWT jadikan syaitan lemah pada bulan puasa.. Maka, syaitan kurang mengacau manusia.. seolah2 syaitan itu dikurung atau dibelenggu..
Al kisahnya macam tu lah.. Wallahu a'lam missawab..
Aku ada 2 orang sahabat kamceng sejak darjah 1.. Namanya Shea dengan Oya.. Shea dah kahwin, Oya pulak akan berkahwin hujung bulan nie.. 26 September bersamaan dengan hari raya ke 6 insyaallah.. Aku happy member aku nak kahwin tapi dalam maser yang samer aku sedih jugak..
Sebab lepas nie dah susah nak hangout samer2.. Time belum kahwin pun, sikit punya susah nak jumpa Lagilah bila dah kahwin kan.. Mestilah nak berkepit ngan suami aje..
Whatever pun, aku happy sebab dapat jadi makcik untuk anak2 member aku nanti.. So, antara Shea, Oya, & aku, aku lah yang paling lambat kahwin.. Huhu.. Takpelah kowt.. Muda lagi.. XD
Dr. Dien (nama barunya) pula tidak dapat menyertai aktiviti ini kerana setelah diramal, ditilik dan diselidik dari mulut sumber2 yang boleh dipercayai, beliau sedang beramah mesra bersama aweknya yang didatangkan khas dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, pada malam sebelumnya. Gambar2 di atas memperagakan sechawan air yang mat hanep beli dari subway sg. wang juga ais kisar coklat dua kali ganda (nama melayu bagi double chocolate ice blended) yang dikongsi oleh saya dan Nurlina Abu Burn yang dibeli di kedai Biji Kopi Sg. Wang (Coffee Bean)..
Sempena keberangkatan pulang saya ke Puchong selepas berbuka terjadilah suatu peristiwa yang amat memilukan.. Menyayat2 tangkai hati saya.. Bak kata Mas Idayu, "robek hatiku.."