Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu..
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu..
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji..
-Hujan, Selamat hari ibu-
Lirik nie aku tujukan khas untuk mak aku..
Puan Salmah A. Aziz nun jauh di Batu Pahat..
Time tengok AIM dengan Cik Munn, Farah & Norng
ader iklan sebut pasal program hari ibu kt TV3..
automatikla aku ingat kat mak aku..
Hari nie boleh pulak aku luper!
Haha..Sampai mak aku call..
Dialog nyer berbunyik ala2 seperti dibawah nie..
Mak aku tanyer,
"Hari nie hari aper ek? Ingat tak?",
aku dengan dungunyer berkate2,
"Hari aper ye? Hari ahad la kot."
Mak gelak2..
"Memangla hari Ahad. Tapi hari ape? Luper la tuh.."
Fikiran aku yang baru kembali ke alam nyata
menyepak2 tempurung kepala aku..
Dengan suara separuh malu aku cakap,
" Haa...Hari ibu kan?? huhu.. Selamat hari ibu mak..!
Sorry... Ija tak dapat nak bagi hadiah..
Tapi biler ija balek johor nanti ija beli harummanis untuk mak ek?"
mak aku memang suker makan harummanis.. Sedap katanyer..
"Takpela..Mak tak nak hadiah...
Janji mak dapat kasih sayang yang berkekalan dari ija cukuplah.."
Terharu je aku dengar.. Sayu pun ader..
Buat yang terlupa hari nie hari ibu..
Silela ambik hp dan dail nombor rumah
or nombor mak anda.. ucapla selamat hari ibu untuk mereka..
Sementara mereka masih ader..
Mintak maaf mak sebab terlupa.. huhu.. n_n
Sayang mak!
XOXO !