Ramadhan Kali Ini


(hingar bingar itu, membangkitkan aku

yang sedikit-sedikit sudahpun hilang ditelan keramaian)


sana sini

berbondong-bondong orang berborong

membeli juadah berbuka

layaknya seperti setahun

tak makan dan minum.

aku..dia..

terpegun seketika

kocek berhabuk itu ku seluk,

yang ada cuma not sepuluh..

cukup buat mengisi perut.

sesudah berlapar,

menjalani ibadah yang dituntut


di atas meja

beralaskan plastik rona merah berbunga

cuma ada

dua jenis kuih, dua gelas air berperisa

syukur Tuhan..

kepada rezeki yang Kau beri

ini lebih dari mencukupi.

kerana kami

makan untuk hidup,

bukan makan untuk mati.


awal pagi ramadhan ke sepuluh

puncak perdana 2010