sakit jiwa melihat..

A : U.. I tak suka lah makan kat sini U.. masin lah U...

B : ala U.. hari ni aje oke? esok I janji kita pergi makan tempat lain..

A : okeeyyy... ni yang I sayang U lebih ni....
sambil menenyeh2 alas meja,pudar jugak lah warna biru alas meja tu


whats wrong with 'these' people??
tak faham aku.. gedik + plastik gilahh!

p/s : siapa makan cili dia terasa pedasnya..
(upps! sorry you, no offense okay?)


Hai hai dan hai.....~

Lama dah aku tak update blog aku.. Menangis dia kena tinggal sorang-sorang.. ayat standard orang yg lame tinggal blog

Kelas dah masuk minggu ketiga dang semuanya berjalang dengang lancar sekali setakat ining. loghat yg terjadi akibat bercakap dengang org ganung wannabe

Presentation pertama pun dah dikenalpasti, analisis Hikayat Merong Mahawangsa untuk kelas CT 433 - Great Literature. Dalam kelas ni aku belajar pasal karya agung dan cuba untuk menguasai bahasa tinggi. bahasa yang tinggi macam KLCC kott..XP

Presentation untuk TITAS pun dah dikenalpasti. Group aku kena buat fasal Tamadun India, kaji filem Asoka (2001) dan kaitkan isu-isu dalam filem tu dengan Tamadun India.. Its a group of two actually, ramai-ramai sangat pun buat pening kepala je.. sape ade DVD Asoka angkat tgn??

Next, untuk kelas Visual Culture, Encik Hassan Muthalib kena shoot a VERY short film. Dalam dua minit je durasinya, berkenaan Cross The Line. Hoh.. Aku jadi PM lah for the second time dan nasihat berguna dari Azyyati Azizan amat-amat diperlukan..

Oh dem! Kenapakah aku listkan semua assignment aku di sini??

Actually, aku nak minta maaf pada kawan-kawan, kalau lama aku tak contact tu. Aku tak lupa pun kat korang.. Cuma busy sikit, nak handle new life and new environment.. Nak ambil masa untuk kenal kawan-kawan baru, housemate baru, roommate baru, semua pun baru..

Kepada rakyat-rakyat DDV the 3rd Batch.. Aku yakin sekali yang rancangan untuk holiday + reunion kita akan berjalan selepas kewangan menjadi kukuh.. yakni after duit PTPTN masuk Mari decide cepat! Nak ke Pangkor atau Genting?? Aku sokong Pangkor. Tapi apa-apa pun aku ikut suara majoriti..

peace ya'll! XD

Never fades..


I'm just giving you some break from me.. Since i really like to bother you with my silly chats..


It'll never gonna fade in two weeks time.. No, it's too short for me.. This is not a high schooler fall in love type-lah! XP

Bukan puisi, hanya cebisan perasaan..

kalau dia ikhlas sayangkan kau,
dia akan terima kau apa adanya..
walau kau lebih cantik apabila buka tudung
dan kau macam jerangkung bila pakai tudung..
dia tetap akan terima kau seadanya..

tapi bila dia hanya sayangkan kau,
kerana dia ingin kau jadi seperti apa yang dia mahu..
dia akan lesap bila kau bungkus mahkotamu..
sedangkan jika kau dimilikinya nanti,
mahkota itu akan selama-lamanya menjadi miliknya..

dia tak akan berfikir tentang itu,
jika sayangnya bertaut nafsu,
jika kasihnya itu palsu..

cintailah Allah..
Kerana Allah takkan hilang
bila kau mencarinya..
malah Dia akan lebih mengingati kau
apabila kau mengingatiNya..
lebih mencintai kau
bila kau mencintaiNya..


pesanan dari
seseorang yang dipelihara
buat seseorang yang terpelihara..

Entri koya tahun baru..

Selamat tahun baru korang.. Marilah kita mulakan tahun baru dan hari baru dengan idea-idea baru dan semangat baru! Semoga pada tahun ini kita akan memperoleh lebih manfaat dan menjauhi perkara-perkara 'lagha' yang tak membawa manfaat untuk kita semua.. Haiss..Macam ucapan wakil rakyat pulak!



Bila dah masuk tahun baru ni bermakna umur aku akan bertambah bilangan dalam masa 27 hari je lagi! alamak..dah tua!! panik kejap! Tapi kali ni aku tak risau tentang upacara pembalingan tepung dan telur.. Disebabkan aku akan tinggal di tempat yang baru dengan kawan-kawan yang baru, maka 'ritual' tersebut tak mungkin akan terjadi.. So, boleh lah tarik nafas lega..Fiuhhh..

Ok lah.. Nak sambung final checking dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke tempat baru. Kali ni aku betul-betul hijrah nampaknya, di tahun baru, tempat baru dan kawan baru..mintak2 dapat BF baru.. ehehehe..XD