Kicau kacau

siang siang

aku berkicau riang

melompat-lompat senang

hati berbunga sayang


kicau kicau

hatiku rayau

melihatnya sasau

malam jadi igau


malam malam

aku tenggelam

hilang terdiam

tahan luka terdalam


tajipepis022220
25Februari2010


Hari Khamis hari apa?

"Huarghh...~"
aku mengeliat dengan bergaya sekali..

Hari ini sangat santai. Kelas Pak Hassan Muthalib dibatalkan sebab dia masih lagi berada di Berlin sempena Berlin International Film Festival. Sebuah filem pendek hasil karya bekas senior JRV di polikteknik bertajuk 'Sujud' telah dibawa oleh Encik Hassan ke sana untuk di tayangkan.

Syabas kepada Remy, Karim, Mamat dan Dien. Walaupun karya mereka dibawa ke sana bukanlah untuk dicalonkan, tetapi ianya tetap membanggakan. It's a long journey right?

Untuk junior-junior JRV yang masih menuntut ilmu di Perlis, contohilah mereka. Jangan asyik mengata dan mengeji orang lain sedangkan semuanya salah diri sendiri. Satu jari kita menuding kepada orang lain, tetapi empat jari lagi menuding kembali kepada diri sendiri. Aku memang tak layak untuk menasihati korang, jadi ini adalah ingatan terhadap diri sendiri juga.

Baiklah, sebenarnya aku nak promote laman web Kapasitor.net. Laman web ini memberi peluang kepada amatur-amatur seperti kita yang baru berjinak-jinak di dalam dunia seni untuk menyerlahkan bakat kita.

Daftarlah di sini dan korang boleh menghantar karya-karya berbentuk penulisan seperti puisi, cerpen dan novel di dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Karya-karya ini kemudiannya akan dikomen dan dinilai supaya korang dapat memperbaiki karya dan kemudiannya dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Korang boleh juga menghantar hasil lukisan atau hasil seni fotografi untuk dinilai dan dikomen. Jangan risau, ahli-ahli di Kapasitor semuanya sangat sporting dan kool. Untuk mereka yang mencari networking, inilah masanya. Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja! Jadi korang jangan tunggu lama-lama, klik sini untuk daftar sekarang!


Hari Khamis ialah Hari Kapasitor! Yeayy!!


Tiada tajuk




'Aku suka dia..',
hati aku berkata-kata. Perasaan suka yang menjurus kepada perasaan sayang seorang perempuan terhadap seorang lelaki.

Aku tak faham dengan diri aku sendiri.. Entah kenapa aku asyik mengejar benda yang tak pasti. Semakin aku kejar semakin jauh dia berlari. Hati ni tak pernah faham akan hakikat realiti, tentang perkara yang mustahil macam ni. Asyik terkejar dia yang hampir pasti tidak mungkin aku miliki..

Aku rasa sangat kerdil di matanya. Kenapa? Pengalaman yang lepas menjadikan aku seorang yang penakut, pengecut. Aku jadi hipokrit bila berhadapan dengannya. Walaupun aku seorang yang berfikir secara liberal, tetapi adakalanya ku akui ada selapis cangkerang yang jernih dan halus menutupi akal fikiran ini dari berfikir yang positif dan baik-baik sahaja.

Mungkinkah dia masih ingat apa yang pernah aku katakan kepadanya? Kemungkinan besar dia sudah melupakan semua itu kerana sudah lama aku tak menulis tentang hati, tentang dia.. Lagipun aku hanya pungguk, dia pula sang bulan.. Tidak ku tahu bila dia dapat ku pangku di ribaan..


Pesanan untuk hati:

Hati-hati wahai hati, jangan sampai terluka lagi..


Hah? Lagi?

Seperti yang diketahui umum juga diri sendiri ceh!, aku hanyalah seorang manusia yang selalu tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Aku dah ubah lagi layout blog aku sebab tiba-tiba rasa layout yang lepas tu macam tak syok pulak.. Hehe.. Budak ni memang tak reti bersyukur.

Tengok orang lain tu ada yang buat layout sendiri, siap letak muka dia lagi kat layout tu. Kita yang tak reti ni, boleh duduk diam-diam dan jeles sajalah nampaknya kan. Hurm.. Aku tak boleh nak taip panjang-panjang sebab tengah buat assignment sebenarnya. Eleh...dan2 je. cakap jela takde idea!

Okeh Babai!


New Look? hermm..


Finally, aku berjaya jugak mengubah layout blog ni.. Dah tak larat dah tengok layout sama je tiap-tiap kali.. Uwekk uwekk!jemu sampai muntah..

Okey ke tak okey? Sila lah beri komen yang membina ye kawan-kawan.. hehehe.. Tak ada apa nak dicakap sangat dalam entri ini.. Cuma nak menunjuk layout baru je..gedik pulak kan tibe2

Hehe..toodles!



Benda biasa yang baru digembar-gemburkan


Okey.. Hati ni terdetik nak buat entri ni sebab terbaca satu entri kat blog Fatin sayangss tentang malaun-malaun facebook yang menghina Allah. Which I thought it is very inappropriate..

Entri ini sangat panjang, harap korang dapat baca dengan sabar.

Dalam beberapa minggu yang lepas, negara kita sibuk betul pasal isu penggunaan nama Allah di gereja kan? Isu itulah yang menjadi topik perbualan makhluk-makhluk di Facebook itu.

Kalau kita fikir-fikirkan dari segi logik akal, betul kata mereka tu. Sekian lama kita menyebut perkataan Allah untuk urusan keagamaan mahupun seharian, baru kini isu ni nak diperbesar-besarkan. Selama ni mungkin mereka dah menggunakan perkataan itu berpuluh-puluh kali dalam sehari di gereja. Korang tak rasa relevan ke apa yang mereka katakan tu? Yang salahnya di sini, ialah cara mereka bercakap mengenainya. Seolah-olah menghina Allah dan Islam itu sendiri.

Kira-kira dua minggu yang lepas, pensyarah aku ada bincangkan mengenai hal ini di dalam kelas. Mendengar hujah darinya menyebabkan aku tersedar dari arus orang ramai yang memperjuangkan hal ini. Pensyarah ini bukan calang-calang orangnya, malah dia sudah mengkaji kitab bible untuk mengetahui logiknya agama kristian itu dan kaitannya dengan agama Islam.

Pensyarah aku juga ialah seorang Islam dan baginya apa yang penting adalah 'nawaitu', kerana apa kita melakukan sesuatu pekerjaan itu, sama ada ikhlas atau tidak hanya Allah yang mengetahuinya.

Hasil dari perbincangan spontan kami di dalam kelas itu aku dapat rumuskan bahawa, kita hanya menjadi 'puppet' orang-orang kafir untuk memainkan propaganda mereka. Apabila kita memberontak; membuat rusuhan dan sebagainya berkenaan isu ini, dapatlah mereka menuduh orang Islam ini terrorist atau pengganas.

Akhirnya mereka akan menjadikan ini sebagai alasan untuk mengecam Malaysia sebagai negara pengganas dan mungkin menyerang negara kita. Dengan tujuan kononnya, ingin menghapuskan pengganas.

Aku sedar aku bukanlah sesiapa untuk menulis sesuatu berkenaan isu yang serius lebih-lebih lagi berkaitan soal agama. Tapi dengan menggunakan minda yang waras, sesiapa pun mampu menilai perkara ini dari sudut positif.




To somebody with a buddy called stupidity!

Kalau aku memang tak bermakna langsung untuk kau, habis tu selama ni, kau buat semua tu untuk apa? Saja-saja isi masa lapang? Kalau pun kau buat atas dasar kawan, senang-senang je kau tinggalkan kawan kau ni? Siapa yang tak menghargai siapa sebenarnya? Aku ni bagi kau taraf pencacai angkat najis saja ke? Senang-senang aje buang aku bila dah ramai kawan lain.

And for your information, aku tak desperate nak berlaki lah! Memang sekarang aku suka berkawan dengan JANTAN sebab perangai aku macam jantan. So what?? Now I am starting to hate you! So, back off!!